Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Selamat Bercuti --------------------



Selamat Menyambut Maulidul Rasul...

Selamat Bercuti....



-------------------- Selamat Bercuti --------------------

Monday, February 13, 2012

Telah Tiba

Yang ditunggu dah kembang walaupun tidak secara keseluruhan.
Bulbophyllum putidum. Bulbo. ini baru saja diperolehi. Terima kasih Kak. Lin.
Dendrobium NoID
Gongora claviodora

Friday, February 10, 2012

Urusan Secara Network.

Setelah beberapa minggu berurusan dalam Internet dan SMS, akhirnya hari ini ia berada ditangan Orkidla. Alhammdulillah pokok-pokok orkid yang dipesan selamat dan sihat-sihat belaka. Terima kasih Cikgu. Antara yang diborong,

1. Bulbophyllum Hybrid (Bulbo. pengtongensis x Bulbo. frostii)
2. Bulbophyllum Sp.
3. Bulbophyllum Hybrid (Bulbo. recticulatum x Bulbo. echinolabium)
4. Bulbophyllum sp. (Looks like Bulbo. sociale)
5. Bulbophyllum Lion King
6. Cattleya lueddemanniana (Pokok ini pemberian Cikgu Cheo, Terima kasih Cikgu)

Thursday, February 9, 2012

Antara Yang Terbaru....


Dendrobium amethystoglossum
Laelia purpurata "Dark Blue" Panjang daun dalam anggaran 16.5 inc. dan panjang batang dalam anggaran 10.5 inc.

Sedih sangat...

Tengah sibuk-sibuk buat kerja kemasan pada pokok orkid tak sedar bulbo yang ditunggu-tunggu untuk kembang telah patah tangkainya. Sedih sangat...

Tuesday, February 7, 2012

Tunggu

Tunggu...
Gongora sp.
Bulbophyllum sp.

Jalan-jalan.... Kaki Sakit.

Jalan-jalan kali ini kurang menarik kerana Orkidla sakid kaki. Tidak banyak aktiviti yang boleh dibuat kerana pergerakan yang terbatas, seksa dibuatnya. Hoya ini tumbuh meliar diatas bumbung kedai, dihadapanya kedai terdapat pokok ketapang yang besar yang dihuni orkid merpati (Dendrobium crumenatum) dan juga Cymbidium finlaysonianum.
Bersebelahan pula terdapat sebuah Hotel yang terkemuka. Kawasan Hotel dikelilingi oleh hutan berbukit, Orkidla hanya berlegar dibahagian hadapan pintu masuk sahaja. Jika tidak fikirkan pasal kaki yang sakit, mahu sahaja buat tinjauan sekeliling hotel.
Hoya ini diperolehi dihadapan Resort, amat nenarik mata Orkidla kerana ianya berjuntai hingga ke lantai jalan utama Resort.
Sebelom pulang sempat berjumpa dengan Sifu kawasan Kak Aishah dan bawa pulang 3 jenis orkid untuk koleksi tambahan.
Bulbophyllum sp. mungkin Bulbophyllum lepidum.
Setelah dilekapkan pada keratan kayu lempoyan.
Dendrobium secundum
Dendrobium farmeri
Hoya.

Al-kisah (The Story)

Ada cerita disebalik gambar-gambar dibawah ini. Beberapa minggu yang lalu Orkidla dihubungi oleh seorang sahabat F yang menyatakan hasratnya untuk memiliki Dendrobium tobaense yang bersaiz GERGASI (seperti gambar dibawah) Kerana terlalu terdesak beliau telah membelinya dari kenalan beliau dengan harga ratusan ringgit sepokok.

Nak jadi rezeki Orkidla agaknya, Orkidla telah dihubungi oleh seorang kenalan FB dari Sumatera menyatakan yang beliau boleh dapatkan pokok tersebut untuk Orkidla. Ibarat pepatah orang tua, Pucuk Dicita Ulam Mendatang. Orkidla terus menghubungi sahabat F dan menyatakan apa yang dinyatakan oleh kenalan FB itu. Terus beliau menghubungi kenalan FB tersebut dan mengaturkan perjumpaan.

Minggu lepas, sahabat F telah menghubungi Orkidla dan bertanyakan samada Orkidla punya masa untuk berjumpa dengannya. Setelah berjumpa Orkidla telah diberi beberapa pokok orkid diantaranya Dendrobium tobaense GERGASI itu. Ada juga beberapa pokok orkid yang menarik perhatian Orkidla tetapi terpaksa diabaikan kerana hampir 80% pokok yang dibawa pulang oleh sahabat F merupakan pokok tanah tinggi. Itulah al-kisahnya...
Dendrobium tobaense lebih dari 4.5 inci
Bulbo. sp. (Mini, Highland)
Looks like Bulbophyllum macrochilum but totaly red...
Dendrobium sp.
Dendrobium sp.
Dendrobium sp.
Dendrobium tetragonum
Paphio Hybrid

Thursday, February 2, 2012

Boleh kata yang ini terbaru jugalah


Boleh kata yang ini terbaru jugalah, berbunga buat kali ke-3 dalam jangka masa lebih 1 bulan.

Monday, January 30, 2012

Visiting Friend

Beberapa hari yang lalu Orkidla didatangi oleh seorang sahabat dari Melaka, lalu kami mengambil keputusan melawat seorang lagi sahabat.
Bulbophyllum brienianum

Maybe Cirrhopetalum curtisii


Bulbophyllum blumei
Calanthe rubens Ridl. 1890 (Red form)
coelogyne fimbriata
Dendrobium sanguinolentum

Dendrobium insigne



Dendrobium fytchianum

Dendrobium nindii
Dendrobium bicaudatum

Dendrobium cruentum ini dah pupus dipasaran, Mungkin banyak lagi di Negara asal tetapi tidak di Tanah Air kita. Jika adapun harganya agak melampau...

Dendrobium leonis
Dendrobium draconis




Saya perhatikan ada beberapa jenis Diplocaulobium sp. disini dan yang paling senang nak ingat namanya adalah Diplocaulobium tipula. Mula-mula ingat member ini nak bergurau, rupa-rupanya ada nama orkid tu. Kelakar la pula.