FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Wednesday, February 24, 2010

Phalaenopsis Coral Isle x Phal. Gelbriber x Phal. violacea

Orkid yang utama dibeli selepas CNY, merupakan dari keluarga Phalaenopsis Hybrid dari Taiwan.
Phalaenopsis Coral Isle x Phal. Gelbriber x Phal. violacea
IMG_7946a.jpg picture by shaifuls
IMG_7946.jpg picture by shaifuls
IMG_7938.jpg picture by shaifuls

Jalan-jalan Memborong (After CNY).

Rabu 24hb. Feb. 2010, Selepas CNY, jalan-jalan cari nurseri. Member minta borong orkid murah-murah katanya. Emmm... mana ada murah-murah sekarang nih. Nilai mata wang RM10 sudah macam RM1 sahaja. Mula-mula gula naik, rakyat yang utama kena beli. Lepas ini minyak pula, rakyat juga yang utama beli. Sabar jer.... Lambakkan bunga di bawah ini merupakan persediaan bagi Karnival Landskap Kebangsaan yang akan diadakan hujung minggu ini di Bandar Baru Bangi.

Dari jenis Cattleya.


Dari jenis Dendrobium.




Dari jenis Phalaenopsis.



Phalaenopsis Coral Isle x Phal. Gelbriber x Phal. violacea














Dari jenis campuran.

Thursday, February 18, 2010

Masih Belajar

Cuti CNY baru-baru ni balik Kampung di Selatan Tanah Air. Ada juga jalan-jalan ke beberapa Nurseri, malangnya tutup. Balik rumah ambil gambar pokok orkid jiran.

Dendrobium ni tangkai kedua, yang pertama sudah kering

Dendrobium mini ni masih lagi mengekalkan keanggunannya walaupun terdapat beberapa kuntum sudah menampakkan tanda-tanda untuk layu.

Pagi-pagi hari Khamis 18hb Feb. 2010, cuba teknik AV (aperture priority) yang ada dalam Kamera Baru. Dengan Lens asal EF-S 18-55mm, setting aperture dengan merendahkannya kepada F5.6, orkidla dapat hasil seperti dibawah.

Wednesday, February 10, 2010

Cubaan.. Testing... 1..2..3....

Cuba try test acu tengok guna kamera baru. Masih terhegeh-hegeh nak mengambil gambar. Guna lens basic EFS 18-55mm jer. Tak mampu lagi nak beli lens Macro EF-S60mm f/2.8 Macro USM.
Phalaenopsis


Dendrobium





Dendrobium Hirota compactum (Mini) masih lebat berbunga.

Cattleya pemberian sahabat.

Phalaenopsis yang dibeli oleh Sifu K untuk Pelanggannya.

Phalaenopsis David Lim milik Sifu K.

Hilang lagi.

Untuk kali yang ke berapa kali entah, 1 lagi pokok orkidla dicuri orang. Kali ini sasarannya dari jenis Bulbophyllum longibracteatum. Memang SXXX betul. Orkidla ingat nak try guna kamera baru. Sekali tengok dah tak ada ditempat singgahsana dia. Memang tak selamat dunia akhirat.

Godaan.................

Tak tahan bila kena bisikan kawan. Cucuk punya cucuk, akhirnya tewas dengan godaan. Orkidla sambar satu basic set Canon EOS 500D. Tak la mahal sangat, tetapi cukup untuk kopakkan poket seluar untuk beberapa bulan ni.