FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Wednesday, April 30, 2008

Cara Tanam Catasetum Dari Keratan Batang.

Bahan-bahan ;

1. Pokok sasaran (Catasetum)
2. Gunting dahan
3. Pasu 3 inchi
4. Spagnum Moss

Cara-caranya (Bergambar) ;


1. Pokok orkid Catasetum digunting batangnya sehingga ke akar2
sekali.


2. Dengan menggunakan bahan-bahan asas penanaman orkid
seperti Pasu 3 in. Sedikit Spagnum Moss yang dilembapkan.
Tanam keratan batang Catasetum tersebut. (Jika tiada
Spagnum Moss boleh guna Perlite)


3. Siram air mengikut tahap kelembapan Spagnum Moss.
Semburan baja dalam seminggu sekali dan hasilnya dapat
dilihat dalam sebulan dua. keratan batang tersebut akan
mengeluarkan keiki baru. Jika perlu, boleh ditukar ke pasu
yang lebih besar. Dinasihatkan menggunakan pasu yang berlubang
-lubang. (Lihat gambar dibawah Orkid Catasetum callosum)

Monday, April 14, 2008

Grammatophyllum martae


Hari Sabtu yg lalu member ada belikan orkid untuk saya, Grammatophyllum martae. Saya tak la pernah tgk bagaimana rupa sebenar orkid ni. Disini saya nak sharekan dgn kawan2 semua pokok orkid yg dibelikan oleh member saya ni.


Berasal dari Philippina, dikatakan memerlukan 100% cahaya matahari. berada ditahap ketinggian lebih 300 meter dari aras laut. Lebih dari 20-80 kuntum bunga pada satu-satu masa dan anggaran tangkai bunga lebih dari 5 kaki pangjang. Thanks Mr. Teo.


Siapa tahu kenapa setiap bunga Grammatophyllum martae ni titisan air dibelakang bunganya? Lihat gambar, saya cuba rasa titisan air tersebut. Manis.. Risau juga kerana akan mengundang semut... sama ada semut hitam atau semut api. bahaya ni.

Friday, April 11, 2008

Bulbophyllum virescens

Bulbophyllum virescens J.J. Sm. 1907 SECTION Sestochilos [Breda] Benth & Hkr.f 1883. (Foto kiri; Alam Mayang Selida-Dato' Hj. Fadzil, Kanan; insitu-Shaiful)

Dikatakan berasal dari Kepulauan Maluku, Semenanjung Malaysia & Sumatra.

Pernah satu masa dinamakan dengan Bulbophyllum maxima tetapi kini nama itu dimiliki oleh Bulbophyllum dari Negara India. Bunga Orkid ini nampak menarik jika diperhatikan dalam bentuk gambar, tetapi pada hakikatnya bunga orkid ini amat busuk. Baunya seakan-akan bau ikan busuk. Langgau sejenis lalat besar berwarna hijau tua merupakan agen pendebungan yang efektif bagi bunga orkid ini.

Bulbophyllum lobbii

Bulbophyllum genus, merupakan salah satu koleksi kegemaran saya juga. Pada kesempatan ini saya ingin memperkenalkan koleksi unik lagi penuh komplekasi, Bulbophyllum lobbii Lindley 1847 SECTION Sestochilos [Breda] Bentham & Hkr. 1883.

Apa yang menarik Bulbophyllum lobbii ini ialah terdapat banyak variasi atau rupabentuk begitu juga warnanya.

Thursday, April 10, 2008

Phalaenopsis speciosa

Sangat cantek, Satu nama tetapi berbeza corak warna.
Ini lah kelebihan yang ada pada Phalaenopsis ini.

Phalaenopsis violacea





Phalaenopsis violacea var. 'Sumatra'








Phalaenopsis violacea var. coerulea (SN)







Phalaenopsis violacea var V2 (LC)











Phalaenopsis violacea var Alba (LC/CWS)






Phalaenopsis violacea var Alba (LC/SN)









Phalaenopsis violacea var. 'Malaya' (Perak)







Phalaenopsis violacea var. Penang Jewel (LNF)








Phalaenopsis violacea var. 'Mentawai' (SN)

Phalaenopsis corningiana



Phalaenopsis corningiana
Wangi serta cantik. Media tanaman 100% Spagnum Moss dengan 70% shade. Siram air diantara 2 atau 3 hari sekali. Pembajaan sekali seminggu.

Cuti-cuti Malaysia. - Bab ke-2

Sambungan dari kisah Cuti-cuti Malaysia, dalam perjalan balik singgah sebentar makan tengahari. Sempat la tinjau-tinjau dekat Resort yang ada kat situ. ada pokok tumbang, apa lagi capai kamera, snap sana-sini. Ada orkid Oberonia & Cymbidium bicolor.
Sebelum ni ada baca info pasal pokok semut yang ditulis oleh member-member dari Sabah & Sarawak. Last-last jumpa sendiri, emm... cantek juga. Unik juga pokoknya. Atas sikit dari pokok semut tu ada terdapat sekelompok pokok orkid Oberonia sp. sayang, saya tak pandai nak tanam pokok ni. dulu pernah cuba tapi kering. huhuhuhu.......
Tak jauh dari Orkid tu ada sekelompok pokok ekor kuching. Cantek... cuba nak ambil, nah engkau kena gigit dengan semut besar. Aduh.... tergelincir saya dalam sungai. hehehehe... terus batalkan hasrat nak simpan sikit pokok ni. hehehehe........
Gambar last ni pokok Hoya, daun ia makk datok besarnya. Member-member yang giler Hoya tak putus-putus tanya kat mana dapat.... hehehehe Biarlah Rahsia.

Cuti-cuti Malaysia.

Pada cuti persekolahan penggal pertama tempohari, saya berkesempatan membawa famili saya ke Kuantan. Stay 3 hari 2 malam di Hotel Seri Malaysia. Disepanjang perjalanan menuju ke Kuantan melalui Lebuhraya Pantai Timur, tak banyak menarik. Ada kawasan kampong, Felda dan sekali-sekala tempoh Hutan-hutan Simpan di Negeri Pahang.

Sebelum tiba Kuantan, saya singgah sebentar di R&R Gambang. Rehat sekejap. sempat la ambil gambar sejenis serangga yang dipanggil riang-riang. Sajer nak test Camera baru, Canon S5IS.
Selepas tu sambung semula perjalanan menuju terus ke Kuantan. Setiba sahaja di Kuantan, saya disambut mesra oleh rimbunan memutih Anggerik merpati atau dikenali dengan nama Dendrobium crumenatum.
Ok, dah tiba masanya pergi check in di Hotel Seri Malaysia. Berhampiran dengan bilik penginapan saya, terdapat 1 rumpun kecil Anggerik merpati yang sedang mekar harum mewangi... seronoknya, hilang rasa penat bila lihat orkid ni.

Lepas rehat sekejap, pi jalan-jalan ke sana-sini. terjumpa la sekawan Bulbophyllum sp. jalan kehadapan jumpa la pula pokok Hoya sp. putih dan wangi. lepas tu jalan-jalan lagi jumpa la sekumpulan pokok tanduk rusa atau Platycerium coronarium berhampiran dengan kondominium tepi pinggiran bukit. Lepas tu dalam perjalanan balik ke hotel, singgah ke Nursery tepi jalan kat Kuantan, sempat ambil gambar Spathoglottis multicolor ni sebelum kena marah dengan owner dia sebab ambil gambar pokok dia. Sombongnya, terus saya balik sambil menyumpah-nyumpahkan biar bankraplah cepat hendaknya.

Setelah habis bercuti, tiba la masa nak balik ke Kuala Lumpur. Sebaik saje keluar dari perkarangan hotel. terlihatlah kelibat 1 rumpun besar orkid Bulbophyllum vaginatum... teringat la pula kisah pasal orkid ni... hehehehe ada peminat-peminat yang baru nak berjinak-jinak dengan orkid kena tipu pasal orkid ni.

Tamat sudah.. salam.

Ehh... Ehh.. tak perasan lak.....


Pagi-pagi celik jer mata terus tengok buah hati pengarang jantung. Belek punya belek tak perasan pulak ada yg dah kembang. Sian ia, bunga agak terencat sikit. tapi tak apa, mungkin disebabkan tekanan/stress. maybe next flower will be nice, hope so.

Wednesday, April 9, 2008

Tahukah anda...?














Kiri : Dendrobium pendulum Kanan : Dendrobium fimbriatum

Tahukah anda, batang orkid Dendrobium sebenarnya amat berguna dalam perubatan. Terdapat lebih dari 32 jenis orkid jenis Dendrobium, contohnya Dendrobium catenatum, Dendrobium chrysanthum, Dendrobium fimbriatum, Dendrobium loddigesii, Dendrobiumnobile dan lain-lain lagi.

Berdasarkan dari temuramah saya dengan salah seorang pengamal perubatan tradisional. Air dari batang orkid Dendrobium crumenatum boleh menyembuhkan sakit telinga. Emmm... masalahnya tiada penemuan sainstifik bagi mengesahkan fakta ini.....

Dendrobium chrysotoxum


Asal dari Utara Thai hingga ke Tanah Besar China. Berbunga dalam bulan Februari hingga May setiap tahun.

Sifat bunga, Kuning cerah pada kelopak bunga dan oren pada bahagian tengah lidah kelopak.

Anggaran maksima bunga pada satu-satu masa dalam 20 atau lebih setangkai. Sesuai ditanam pada dahan kayu atau pasu. Baunya harum diwaktu pagi.

Tahukah anda semua, Sebahagian besar Masyarakat di China menggunakan bunga orkid ini sebagai Tea Herba di Pesta Dai Water Splashing pada bulan April setiap tahun.

Dikatakan Tea bunga orkid ini mampu memulihkan daya kemampuan sex, sistem imunisasi, rawatan kanser, daya penglihatan, gangguan keselesaan tidor dan gangguan buah pinggang.
(Semua ini diambil dari artikel Traditional Chinese Medicine, Sila rujuk pada Doktor untuk rawatan sewajarnya)