FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Wednesday, December 16, 2009

Festival Orkid Negeri Sembilan 23 Disember

ARKIB : 07/12/2009

SEREMBAN 6 Dis. - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (DPMM) dengan Kerjasama Persatuan Orkid negeri akan menganjurkan program Festival Orkid Negeri Sembilan pada 23 hingga 27 Disember ini.

Menurut Pegawai Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Cawangan Negeri Sembilan, Zaiton Zakaria, program itu akan diadakan di Tapak Ekspo Kem Paroi bermula pukul 10 pagi.

''Pelbagai aktiviti di jalankan antaranya pertandingan orkid, demonstrasi penjagaan serta mencantas pokok selain pertandingan mewarna.

"Bagi menggamatkan lagi acara sepanjang hari berkenaan, turut diadakan pertandingan karaoke bagi kategori dewasa dan kanak-kanak selain pertandingan autoshow dan audio kereta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program yang diadakan itu.

Monday, December 7, 2009

Festival Anggerik ke-16 Tarik Minat Penggemar Orkid Seluruh Negara.

Selangor Kini Online

Festival Anggerik ke-16 Tarik Minat Penggemar Orkid Seluruh Negara

Jumaat, 04 Disember 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 4 Dis. - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Kelab Anggerik Shah Alam menganjurkan Festival Anggerik Shah Alam ke-16 bermula hari ini hingga Ahad ini.

Festival berkenaan dianjurkan bertujuan mempromosikan bunga anggerik kepada masyarakat umum selari dengan gelaran Shah Alam sebagai bandar Anggerik.

Aktiviti tahunan MBSA yang diadakan di Shah Alam City Centre (SACC) Mall ini juga dilihat mampu mengumpul peminat anggerik dari seluruh negara.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata usaha MBSA ini perlu dijadikan contoh kepada badan bukan kerajaan (NGO) dalam memartabatkan Shah Alam sebagai Bandar Anggerik

“Saya percaya dan yakin bahawa kesungguhan dan komitmen daripada MBSA untuk menganjurkan Festival Anggerik ini setiap tahun memberi impak yang positif pada bandaraya Shah Alam yang indah dan permai sekaligus mengangkat martabat dan mempromikan bunga anggerik kepada orang ramai khususnya warga Shah Alam,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan festival berkenaan.

Turut hadir Pengerusi Kelab Anggerik Shah Alam, Datuk Anuar Bashah Mohd Sohore.

Dalam festival ini pelbagai spesis, pokok dan hybrid anggerik dipamerkan dan sebahagiannya dijual kepada pengunjung.

Selain itu terdapat pelbagai aktiviti sepanjang festival ini berlangsung antaranya pertandingan anggerik individu, demonstrasi penjagaan anggerik, pameran setem anggerik dan juga jualan anggerik serta barangan cenderahati bermotifkan anggerik.

Penyertaan secara menyeluruh dan kolektif daripada semua pihak untuk menjadikan bunga anggerik sebagai hiasan dan landskap di premis atau rumah kediaman dapat menyerikan panorama dan keindahan di bandar raya Shah Alam.

Rata-rata pengunjung yang ditemui pada festival pagi ini terdiri daripada pengemar bunga Anggerik yang telah mengumpul lebih sepuluh jenis bunga Anggerik.

Mereka yang berkunjung hari ini juga berharap agar festival seperti ini menjadi acara tahunan negeri Selangor.

“Festival ini bertujuan mengenalkan orkid dan mengalakan orang ramai bertanding. Dari minat boleh mendapatkan hasil melalui pertandingan dan orang boleh membeli baja daripada pertandingan atau bunga,” kata Muzafar Sham Muhammad.

“Memang bagus kebanyakan di bandar-bandar besar, bandar-bandar kecil kita ada peminat,” kata Nor Aida Sar Khan.

DIY : Kayu (III)

1. Dendrobium 'mini' ini dibeli dengan harga RM10, diikat pada bungkah kayu yang dibeli di kedai Aquarium RM5. Ikat menggunakan dawai atau benang. Tanpa menggunakan apa-apa media tanaman.


2. Phalaenopsis Hybrid ini dibeli dengan harga RM25, diikat pada kayu yang juga dibeli di kedai Aquarium RM5. Untuk orkid jenis ini, Moss digunakan sebagai media tanaman.



Shopping lagi

Ahad 6hb Dis. 2009; Pagi-pagi ke Jalan Klang Lama beli beberapa pokok orkid yang dipesan oleh pelanggan sebelom ke Paroi Jaya, Seremban menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Member (Sifu Orkid). Selepas makan cabut ke Mambau, Shopping. hehehe.....









Bulbophyllum bennenjekii. Orkidla beli 2 pokok, berasal dari Indonesia.

Friday, December 4, 2009

Festival Anggerik Shah Alam Ke-16 (FASA16)

Khamis 2hb Dis. 2009; Festival Anggerik Shah Alam Ke-16 (FASA16). Antara yang masuk untuk dipertandingkan.
















Pokok Orkidla yang masuk bertanding dan menang tempat ke-3. Phalaenopsis speciosa.
IMG_6876.jpg picture by shaifuls
Gerai, Tengah sibuk nak buat arrangement.



Sabtu 5hb Dis. 2009; Orchids Talk. Topik yang dibawa Teknik penanaman Orkid dari jenis Catasetum Dan Phalaenopsis.

Wednesday, December 2, 2009

Persediaan Awal Festival Anggerik Shah Alam 16.

2hb Dis. 2009; dalam jam 10.30am bergerak ke Ulu Yam destinasi yang dituju, World Of Phalaenopsis. Pada pandangan pertama memang amat mengkagumkan bila dapat menjejakkan kaki di tempat yang menjadi perbualan Makcik-makcik, Akak-akak serta Cik adik-cik adik semua. Tetapi setelah berada didalamnya tak banyak yang menarik perhatian Orkidla. Sebab utama, terdapat kurangnya orkid-orkid spesis yang menjadi kegilaan Orkidla. Walau bagaimanapun, Orkidla memborong 100 lebih pokok Phalaenopsis dari anak-anak pokok sehingga yang dah berbunga untuk jualan serta beberapa pokok untuk dimasukkan dalam pertandingan Orkid. Kos keseluruhan mencecah hampir RM1K.







Cantekkan... katakan sepokok RM45 digandakan dengan 10 pokok. Huhuhuhu sanggupkah mengeluarkan 1/4 dari gaji bulanan atau sebahagian wang perbelanjaan dapor? Tu belom lagi kos pasu serta Spagnum Moss.








Diakhir sessi lawatan, sempat snap gambar ni dari dalam kereta.