FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Tuesday, February 24, 2009

Dendrobium anosmum Lindley 1845.

Bercakap tentang orkid Dendrobium anosmum ni, orkid ni mempunyai
beberapa versi warna yg berbeza. Berikut diperlihatkan antara versi-
versi Dendrobium mengikut perbezaan warna. Satu perkara yang
menarik tentang Dendrobium anosmum ini ialah keharuman baunya
yang menawan kalbu. Enjoy..

Den. anosmum (purple)


Den. anosmum alba


Den. anosmum semi Alba

Cattleya

Cattleya merupakan salah satu orkid kegemaran ku, dibawah ni
antara yg berbunga di nurseri ku..

POT Wattana 'Gold'


BLC Orange Nuggett


Yg ini NoID? wangi.

Vanda

Kesemua Vanda ni untuk jualan, bermula esok ditempatkan
di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya. Untuk keterangan
lanjut boleh layari laman sesawang berikut,

htt
p://bgreenfertilizer.googlepages.com/home









Friday, February 20, 2009

Kelab Anggerik Shah Alam Feb'09

Serba sedikit aktiviti Kelab Anggerik Shah Alam, Selangor di hujung
minggu

Antara Pameran orkid






Sambungan : Sambutan para peserta amat kurang. sebab ramai yg
simpan kat rumah, takut, malu atau syok sendiri
maybe salah satu faktor tiada sambutan. Emmmm...







A : Bila la bini aku nak berhenti memborong pokok2 ni, dah
mohsan tunggu nih.




Antara idaman kalbu


Cycnoches







Cattleya

Cattleya baru rasanya B. nodosa 'Big' x C. Netrasiri Beauty


Catt ni lupa lak ambil namanya

Orkid Ku Dicuri

Sedihnya bila balik dari bercuti, ada orkid yg hilang. Kenapalah
mereka ini diciptakan sebagai manusia.. huhuhuhu

Bromheadia finlaysoniana

Thursday, February 19, 2009

Aerides flabellata

Pokok ni dibeli semasa Show Orkid KASA Ke-15 di Shah Alam. Mr.
Eric, United Orkid jual kepada saya atas nama Aerides houlletiana
Rm80. Saya sambar terus selepas setuju dgn harga yg ditawarkan
kurang RM5. Sifu Khairi beritahu saya bukan Aerides houlletiana
tetapi Aerides flabellata. Wah seronoknya, sbb ada 2 pasu.
1 selamat menjadi anak angkat Pdox. Jaga baik2 yer





DIY : Orkid & Tunggul Kayu

DIY kali ini saya muatkan cara menanam orkid pada tunggul kayu.

Bahan-bahan perencah (Bergambar)

Cutter, Tunggul Kayu, Dawai penyangkut, Tag nama, Pengikat,
Benang, Spagnum Moss & Pokok Phal bellina

Cara-caranya

- Keluarkan & Bersihkan serta potong akar yg telah kering/mati
pada pokok sasaran.

- Ambil sedikit spagnum moss dan tampalkan pada kayu dalam
anggaran ketebalan setengah inci.

- Letakkan pokok diatas moss yg diletakkan pada kayu serta dililitkan
dengan menggunakan benang sehingga pokok benar-benar melekat
pada kayu.

- Tunggul kayu ditebuk lubang pada bahagian atas lalu diikat dengan
dawai penyangkut dan jangan lupa ditagkan bagi tujuan pengenalan
pokok orkid.

Begini la hasilnya.