Petua kali ini Orkidla nak kongsi bersama berkenaan dengan Serangga perosak. Jika terdapat semut pada pokok atau bunga, ini sudah semestinya pokok tersebut telah dihinggapi oleh Hamama, kutu, Koya & teritip tumbuhan.Serangga-serangga perosak ini kebiasaannya akan bersembunyi di bahagian akar, serta dicelah-celah daun. Ini merupakan punca utama tumbuhan menjadi lemah dan jika tidak dikawal, pokok akan mati.
Sebarang racun serangga sistemik dengan ditambah sedikit Agen Pelembab (Sabun) dapat membunuh serangga perosak ini (dengan langkah/teknik yang betul) Sebagai langkah keselamatan, gunakan sarung tangan getah & penutup mulut/hidung sebelum menggunakan sebarang racun serangga. Aspek keselamatan perlu diUTAMAkan. Kebanyakkan racun serangga kesan TOKSIK bertahan sehingga 3 bulan. Jika aspek keselamatan tidak diutamakan, kebarangkalian untuk mendapat KANSER di kemudian hari amat tinggi.
Selain dari mengguna Racun serangga, ada 1 lagi kaedah pencegahan serangga perosak dengan menggunakan Minyak Neem. Minyak Neem adalah berasaskan minyak semambu yang digunakan sebagai bio-pestisid. Kajian mengesahkan ia mampu mengawal 400-500 spesis serangga perosak. Pelbagai serangga perosak kepada tanaman terutamanya belalang, kumbang dan serangga penghisap cecair tumbuhan seperti 'aphid', 'white flies' dan 'spider mite' boleh dikawal dengan menggunakan Minyak Neem ini. Penyelidikan terkini juga telah mengesahkan produk berasaskan minyak semambu juga boleh bertindak sebagai 'nematicide' dan 'fungicide'.(Neem Oil ini ditaja oleh B'Green Groups)
Sekian dahulu buat masa ini. Sehingga berjumpa lagi dilain Petua.
Selamat mencuba.











































