Ini pokok lama kepunyaan Bonda Orkidla. Puas jugalah mencari IDnya. Sebab Nurseri tempat pokok ini dibeli pernah menjual beberapa jenis C. Netrasiri. Contoh C. Netrasiri Beauty, C. Netrasiri Fireball, C. Netrasiri Doll 'Bicentenial' FCC dan C. Netrasiri Dark Prince.
FASA 20
Mutiara Kata
Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita.
Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.
Aktiviti Luar & Dalam Negeri.
-------------------- Salam Sejahtera --------------------
-------------------- Salam Sejahtera --------------------
Wednesday, December 28, 2011
Tuesday, December 27, 2011
Diantara.
Dah nampak tanda-tanda nak kembang dah ni. Esok kembanglah tu. Kena tunggu beberapa hari lagi nak kembang penuh.
Dah Janji
Terpulang teknik mana yang mudah, janji ada kitaran udara serta kerap siram air. Rakan-rakan FB/Blog yg lain kalau punya cadangan, Jangan segan-silu... Layan. TQ.
Sunday, December 25, 2011
Tak Tahu Nak Namakan Apa?
Tak tahulah, nak kata Bulbophyllum putidum lain pula nampaknya. Nak kata Bulbophyllum fascinator dalam Internet kata sila rujuk Bulbophyllum putidum. Nak kata Mastigion fascinator sama juga rujuk Bulbophyllum fascinator. Nak kata Cirrhopetalum fascinator hasilnya sama juga. Pening, pening... Memandangkan bunga ini bunga sulong yang berbunga semenjak sebulan lalu, masih belum kuat atau stabil lagi. Menurut rekod pokok asal ianya boleh berbunga 3 atau lebih kuntum. Setelah membuat beberapa rujukan pada internet fascinator, putidum, rothschildianum dan wendlandianum, bunga ini hampir-hampir kepada Bulbophyllum rothschildianum.
Dibawah ini gambar bunga asal yang Orkidla ambil kira-kira 4 bulan lalu.
Friday, December 23, 2011
Sabar Menanti.
Sabar menanti, itu yang boleh dikatakan buat masa ini. Hari ini 23/12/2011 genap 34 hari Catasetum ini berbunga dan masih belum menampakkan tanda-tanda ingin kembang. Mungkin lagi seminggu kembanglah ia.
Tuesday, December 20, 2011
Punya Harapankah?
Kenapalah dengan cattleya lueddemanniana ini.
Baru beli dari ................................
Adakah punya harapan untuk hidup. Mohon bantuan...tq
Baru beli dari ................................
Adakah punya harapan untuk hidup. Mohon bantuan...tq
Saturday, December 17, 2011
Akhirnya (Gongora)
Gongora claviodora Dressler 1972
SECTION Eugongora SUBSECTION Gongora. Common Name The Clove-Scented Gongora. Sangat Wangi
Friday, December 16, 2011
Masih Mekar
Salam Sejahtera, antara yang masih kembang dan baru kembang dalam Laman Taman Tasek.
Cattleya amethystoglossa x Cattleya violacea. Sangat wangi
Cymbidium bicolor
Mini Dendrobium
Bunga keembong ni sweet sangat, lembut. Ingatkan dah habis pupus, bila musim hujan ni tiba-tiba tumbuh dicelah-celah pokok lily. Masih baik, lepas ini nak simpan biji benih ia.
Wednesday, December 14, 2011
Sabar Menunggu.....
Gongora ini dah sebulan masih belom kembang lagi.
Petikan lalu Catasetum, sekarang dah hampir sebulan.
Calanthe masih kembang dan sekarang sudah keluarkan 1 lagi spike baru.
Sunday, December 11, 2011
Aduhhh.....
Aduhhh....., ingat tak nak memborong dalam bulan ini. Tetapi dah lihat Cattleya ni , tak tahan dibuatnya. Sapulah sepasu RM45 kena. Dah jatuh cintan sapu jer.
Gambar sejambak
Gambar kuntum
Gambar sejambak
Thursday, December 8, 2011
Festival Anggerik Shah Alam 18. Dec'11
Festival Anggerik Shah Alam Ke-18, bermula 9hb - 11hb Dis 2011. Hari ini hari yang memenatkan kerana hari ini merupakan hari pendaftaran masuk pokok-pokok orkid untuk dipertandingkan, diikuti dengan kerja-kerja mengatur pokok-pokok orkid mengikut kelas-kelas yang ditetapkan dan akhir sekali pokok-pokok diadili. Disamping ikut para peniaga sibuk menyusun pokok-pokok orkid mereka dikawasan jualan yang telah ditetapkan. Oleh sebab gambar-gambar terlalu banyak, kira-kira hampir 100, Orkidla muatkan beberapa keping gambar. Selebihnya mohon jasa baik rakan-rakan blogger lihat didalam album FB Orkidla seperti berikut, Festival Anggerik Shah Alam
Dari kiri Pemilik pokok Best Species dan kanan Pemilik pokok Best Plant (Den. Mini) serta pokok Best Hybrid (Phal. Hybrid).
Dibawah ini antara beberapa keping gambar menarik Adenium yang dijual di salah sebuah gerai orkid di SACC Mall, Selebihnya anda boleh lihat di album Adenium @ FASA18, SACC. Sungguh menawan hati.
Subscribe to:
Posts (Atom)