Orkid kali ini tidaklah mengancam sangat. Terutama sekali orkid 
Dendrobium Inobi Splash
 ini tidak tahulah kenapa ianya terlalu lama memendam rasa. Semenjak 
dari tahun 2010 hingga sekarang baru nak berbunga. Itupun hanya sekadar 
sekuntum sahaja bunganya. Dibeli keratan 3 batang bernilai RM45, kini 
baru mempunyai 5 batang tua dan 1 keiki baru. 
Berlainan pula kisah dua Cik Bell ni (
Phalaenopsis bellina),
 semenjak Festival Anggerik Shah Alam 2011 hingga kini tak berhenti 
mekar berbunga. Bermula bertakteh dari sekuntum kini belajar 
mengeluarkan beberapa kuntum. Terima kasih kepada Tuan Haji Suhaimi 
diatas pemberian ini.
Ini
 pula kisah Dendrobium species dari Sumatra Barat. Semenjak Orkidla 
perolehi dari sahabat (Terima kasih Mr. Dan) 18hb Feb. 2012 hingga kini 
sudah 3 kali berbunga. Anggerik ini dikatakan sama seperti anggerik dari
 Negara Gajah Putih iaitu Dendrobium cruentum. Yang membedakan anggerik 
ini dengan Dendrobium cruentum adalah lidahnya yang bergulung\lipat 
sedikit ke dalam. Para sahabat dari Seberang Malaysia berjaya menemui ID
 Dendrobium ini, iaitu 
Dendrobium igneoniveum J.J.Sm., 1927. Tahniah buat teman-teman disana.
 
Ini kisah akhir, tetapi bukan penamat. Ada lagi diposting yang akan datang. Orkid dibawah boleh dikatakan Raja Vanda, iaitu 
Vandopsis gigantea.
 termasuk yang ini Orkidla sudah ada 4 pokok. Cuma yang ini agak besar 
sedikit berbanding yang sebelumnya. Daun sahaja menghampiri 1 meter atau
 3 kaki. Seingat Orkidla, dah lama order orkid ini (beberapa bulan lepas
 dalam tahun 2011) Memandangkan pokok ini terlalu besar proses 
penghantarannya tergantung. Nasib baik Sifu Khairi ada tugas di sebelah 
Utara Tanah Air maka ianya selamat tiba ditangan Orkidla. Terima kasih 
Sifu Khairi dan tak lupa juga terima kasih Sifu Zulkifli Md Isa. Itu 
sahaja celoteh dari Orkidla, sehingga ketemu lagi dilain posting. 
Assalammualaikom & Salam Sejahtera.