FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Thursday, June 28, 2012

Keratan Batang Tua

Hari ini Orkidla nak kongsi sedikit tip. Jika rakan-rakan dapati batang orkid Dendrobium rakan-rakan sekalian telah buruk atau tua (Bukan mati kering) dan masih hijau, jangan dipotong buang lalu dibakar bersama-sama daun-daun kering. Dari batang-batang tua ini masih boleh digunakan, selepas dipotong susun atas para dan disiram air sekali atau 2 kali sehari.

Dari keratan batang ini akan tumbuh keiki atau anak-anak pokok. Buat rakan-rakan yang telah berbuat demikian Tahniah dari Orkidla. Selamat mencuba.
(Klik untuk memperbesarkan gambar)

Few Preparation By LC

Bunga berikut antara yang disediakan oleh Nurseri LC untuk jualan di Floria Putrajaya yang akan tiba pada 30hb Jun 2012 iaini Sabtu ini. Strategi jualan kali ini jual anak-anak pokok.

Wednesday, June 27, 2012

Kutu

Kutu

Tahukah anda Bawang putih sangat berguna dalam kehidupan kita seharian,
Selain dari sedap dimakan dlm masakan atau jeruk, ianya sering kali digunakan
bagi tujuan menghalang unsur2 jahat/"dark site".

ianya amat berguna bagi menghalang proses pembiakan kutu2 pada pokok.
ada 4 cara utk mengatasi masalah kutu pada tumbuhan,
pilih mana satu.

Cara 1,
Bahan-bahannya
1. Bawang Putih.
2. Lada Kering
3. Air

Cara-caranya
Rebus bawang putih yg ditumbuk lumat dgn kulit2 + lada kering
disembur air rebusan tersebut pd pokok sasaran.
Air rebuasan ini tahan dlm sehari dua shj. (Busuk jika simpan lama).

Cara 2,
Bahan-bahannya
1. Bawang Putih.
2. Air

Cara-caranya
Rendam bawang putih yg ditumbuk lumat dgn kulit2 semalaman
disembur air tersebut pd pokok sasaran.
Air ini tahan dlm sehari dua shj. (Busuk jika simpan lama).

Cara 3,
MINYAK BAWANG PUTIH
Bahan-bahannya
1. Bawang Putih.
2. Minyak Kacang
3. Air

Cara-caranya
Campur minyak kacang &  bawang putih yg ditumbuk lumat dgn kulit2
peram kedua2 bahan tersebut selama 1 minggu.

ambil 1 sudu makan minyak bawang putih dicampurkan dgn 1 sudu makan
sabun sunlight dan dicairkan dgn 1 liter air. sembur air tersebut pd pokok sasaran.
Minyak Bawang Putih ini tahan lama.

Cara 4,
Bahan-bahannya
jari

Cara-caranya
picit-picitkan kutu tersebut dengan geramnya.


Selamat mencuba.
***Pihak Penaja tidak bertanggungjawap diatas apa2 yg terjadi pada Kutu tersebut.
*Saya pun tak try lagi nih... baru belajar.

Cara Tanam Catasetum Dari Batang (Ulangan)

Cara Tanam Catasetum (Orkid) Dari Batang

Bahan-bahan ;

1. Pokok sasaran (Catasetum)
2. Gunting dahan
3. Pasu 3 inchi
4. Spagnum Moss

Cara-caranya (Bergambar) ;


1. Pokok orkid Catasetum digunting batangnya sehingga ke akar2
sekali.


2. Dengan menggunakan bahan-bahan asas penanaman orkid
seperti Pasu 3 in. Sedikit Spagnum Moss yang dilembapkan.
Tanam keratan batang Catasetum tersebut. (Jika tiada
Spagnum Moss boleh guna Perlite)


3. Siram air mengikut tahap kelembapan Spagnum Moss.
Semburan baja dalam seminggu sekali dan hasilnya dapat
dilihat dalam sebulan dua. keratan batang tersebut akan
mengeluarkan keiki baru. Jika perlu, boleh ditukar ke pasu
yang lebih besar. Dinasihatkan menggunakan pasu yang berlubang
-lubang. (Lihat gambar dibawah Orkid Catasetum callosum)

Thursday, June 14, 2012

dangdut LAGI CHEKALI

Sekali lagi berdangdut di LC, tidak banyak yang boleh diambil gambarnya disebabkan pokok banyak yang tidak berbunga kerana cuaca amat panas.