FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Tuesday, March 17, 2009

Unknown ID Bulbophyllum


Lip close-up

Ascochilopsis myosurus

Pokok ni dapat semasa bawa family mandi-manda selepas hantar
gula-gula gathering kat rumah Mod di area bukit changgang.

Orkid jenis ini ada 2 spesis, Ascochilopsis myosurus & Ascochilopsis
lobata dimana telah dikenalpasti pada tahun 1994 dan boleh didapati
di Sabah. Rupa bentuk kedua-dua spesis ini sangat kecil.

Daun paling panjang dianggarkan dalam 60mm, manakala daun
paling lebar dalam 16mm. tangkai bunga dianggarkan dalam 60mm.
Ukuran bunga tidak dapat dikenalpasti kerana terlalu halus serta
bertahan untuk 1 hari sahaja.

Ascochilopsis myosurus


Friday, March 13, 2009

DIY : Buat sendiri

Pening juga kalau tak ada tempat nak letak pokok-pokok orkid (memanjat seperti Bulbo.) terutama bagi orang yang tinggal kat rumah-rumah pangsapuri macam saya nih. Terpanggil untuk berkongsi dengan para penggemar orkid terutama sekali bagi yang baru mula menanam.

Akal memang selalu ada jika kita terdesak, Saya tengah mencari akal ni, nak tebuk lubang dan gantung atau nak simen kan, kayu ni kat pasu. berikut saya ada buat lakaran yg tak la secanggih mana.





**Nota Kaki.
Pasu besar diperlukan bagi menahan pokok dari tumbang ditiup angin. PVC pula bertujuan jangka panjang jika kita nak menyelenggara kayu tersebut seperti menukar kayu, tukar pokok dll. Boleh tanam terus dengan kayu-kayu tetapi kalau kayu tu dah patah atau macam-macam lagi susah nak buat apa-apa. kena pecah la pulak pasu tu. Sendiri mau ingat....

Mudahkan, sekian buat masa ini. Selamat mencuba.

Sunday, March 8, 2009

Epidendrum NoID

Epidendrum ni beli cutting jer, RM10 untuk 2 batang. Keadaan fizikal
pokok, ketinggian pokok 126mm, anggaran panjang daun 88mm,
anggaran lebar daun 20mm, anggaran panjang tangkai 228mm.

lebar kelopak bunga 28mm & ketinggian dlm 30mm. tangkai
seedpotnya dalam 20mm-25mm.

Epidendrum NoID close-up (Tolong IDkan buat yg tahu, Thanks)


Inflorescence/sejambak


Gambar keseluruhan pokok

Friday, March 6, 2009

Cymbidium NoID (Cym. borneense)

Cymbidium ni dibeli dari Nurseri penghujung tahun 2008. kata Ahpek
tu "munga melah" dah menarik nih. Beli la, tak mahal 1 rumpun
(3 pokok) RM20. Tanam dengan campuran tanah berbatu dan arang
hancur. Lebih kurang awal bulan February 2009 dah mengeluarkan
tangkai bunga. bestnya.

ID Cymbidium ini telah diberitahu oleh Mr. Weng L Lim
(7/3/09:2.46am), iaitu Cymbidium borneense. Terima Kasih kepada
Mr. Weng L Lim.

Perkembangan bunga - 17/2/2009 (gambar pokok & bunga)




Perkembangan bunga - 21/2/2009


Perkembangan bunga - 5/3/2009 Gambar keseluruhan tangkai bunga Cymbidium ni.
Sayangnya sekuntum bunga kena kutil.


Dah kembang, tapi masih tak tahu ID Cymbidium ni.


Dibawah ni, lip detail closeup.

Monday, March 2, 2009

Dendrobium NoID.

Balik kampong tempohari, ternampaklah pokok nih....
alamak, dah tersyok sendiri la pulak nih....
nak beli tak nak nih, budget dah total lari tersangat la
jauhnya. Try kecek molek dengan nyonya nih buleh
cutting dok...

Dendrobium NoID. (Tolong ID kan buat yang tahu)


Tuesday, February 24, 2009

Dendrobium anosmum Lindley 1845.

Bercakap tentang orkid Dendrobium anosmum ni, orkid ni mempunyai
beberapa versi warna yg berbeza. Berikut diperlihatkan antara versi-
versi Dendrobium mengikut perbezaan warna. Satu perkara yang
menarik tentang Dendrobium anosmum ini ialah keharuman baunya
yang menawan kalbu. Enjoy..

Den. anosmum (purple)


Den. anosmum alba


Den. anosmum semi Alba

Cattleya

Cattleya merupakan salah satu orkid kegemaran ku, dibawah ni
antara yg berbunga di nurseri ku..

POT Wattana 'Gold'


BLC Orange Nuggett


Yg ini NoID? wangi.

Vanda

Kesemua Vanda ni untuk jualan, bermula esok ditempatkan
di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya. Untuk keterangan
lanjut boleh layari laman sesawang berikut,

htt
p://bgreenfertilizer.googlepages.com/home









Friday, February 20, 2009

Kelab Anggerik Shah Alam Feb'09

Serba sedikit aktiviti Kelab Anggerik Shah Alam, Selangor di hujung
minggu

Antara Pameran orkid






Sambungan : Sambutan para peserta amat kurang. sebab ramai yg
simpan kat rumah, takut, malu atau syok sendiri
maybe salah satu faktor tiada sambutan. Emmmm...







A : Bila la bini aku nak berhenti memborong pokok2 ni, dah
mohsan tunggu nih.




Antara idaman kalbu