Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita.
Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.
Salam Sejahtera buat rakan-rakan blogger. Agak lama juga Orkidla tidak kemas kini blog ini. Sibuk dengan persiapan mengajar. Tahun ini banyak kursus yang hendakk diajar. Kembali kepada orkid, dibawah ini ada 2 versi orkid Bulbophyllum annandalei yang berbunga di halaman balkoni kondo Orkidla. Versi pertama daun agak lebar membulat pendek, bunga 7 kuntum setangkai. Versi kedua, berdaun tirus memanjang, berbunga 4 kuntum setangkai. Versi pertama. Versi kedua.
Natasha Ibrahimterapi masa bosan, aromaterapi masa bunga (tu pun kalau ada bau). hobi yg perabihkan duit tp boleh kira pelaburan jugak kot kalau hidup sihat. tp lebih baik drpd join mesyuarat tingkap yg menambah dosa
Bagi yg tinggal di Kotaraya seperti saya ni, perjalanan pergi dan balik kerja 3 jam lebih. itupun bergantung pd keadaan kesesakkan jalanraya serta faktor cuaca dan juga sikap pemandu kenderaan perlu diambil kira. boleh dikatakan tahap STRES...S 100% (termasuk kerja + Keluarga). Dengan Orkid tahap STRESS dapat dikurangkan sekurang2nya 50% atau mungkin 0%.
Berkenaan dengan Hobi yg perabihkan duit ni, mana ada dalam dunia ini yang tidak dinilaikan dengan RM. Ambil contoh jika nak ambil sendiri dalam mana2 hutan, Kos minyak, makan, minum dan perkara kecil2 perlu dikira juga. Jadi tak free juga kan.
Yg penting jika si isteri/suami minat orkid, si isteri/suami patut beri galakkan dan sokongan. Sebab ada mata yg memandang dan belajar dari kita, Anak-anak. Gejala sosial dapat dielak jika ianya bermula dari rumah. Si isteri patut berbangga bila si suami senantiasa ada dirumah membelai orkid dari membelai GF.
Isshhh... terpanjang lebarlah pula. Selamat beramal, Ahakkk..See more
Natasha Ibrahimmcm soalan periksa pulak eh... walaupun hobi ni memang perabih duit, tp saya happy bila dpt pokok yg saya nak... part belai2 tu saya setuju. cuma hb saya tak belai orkid n gf (kalau tu bye2 lah), dia belai kucing, hp, remote tv, laptop n controller ps3
Norakmar A Latiffbetul ...betul ...betul....sokong 150%....semua hobi memang guna duit....yang penting biar berbaloi.....dan kita berbudi pada alam....lagipun release tension ...release stress...dengan kehijauan dan kemeriahan orkid..... kalau stress tak leh nak release kang.....sakit jantung ke...darah tinggi ke....duit banyak pun tak guna :P
Shaifuls SulaimanEmm... Tanam orkid, Stress kurang. Siram orkid dgn pam "hand manual" sekurang2nya anggota badan kita bergerak, macam senaman la juga kiranya.
Ahmad Suffianbenar kerana dengan keindahan ciptaan tuhan menyebabkan kita lebih tenang dan sentiasa mengingati kebesaranNya hobi yg baik selalunya memberi impak yang positif kepada penghobi tersebut.
Suraya SallehTerapi minda lepas balik pejabat, letih buat kerja rumah, xdak bunga pun takpa janji ada anak @ akar baru...puas hati dah. Aroma terapi, mcm biasa la ada yg wangi bunga dan bau baja... [via Celcom SMS]
Baru pulang dari rumah Kak Sheila Hassan a.k.a Sheila Mambo. Dia nak potong pokok cattleya yang daunnya sebesar lengan, tapi tak tahu dan tak berani. Selepas di pecahkan ke 6 bahagian (1 utk mak dia, 1 utk abg dia, 2 utk dia, 1 utk Mr. Chang) Dan yang lastnya untuk Orkidla lah. Hehehe.... Thanks kak.
Kena kerahan cuti 1 minggu, jadinya merayap ler. Sempatlah juga jenjalan kat Paroi. Ajak kenkawan lepak-lepak sambil cuci mata. Gambar tak boleh nak upload cepat sebab Laptop Orkidla dah kojol. Nak dibaiki menelan belanja RM1500 tak termasuk upah kerja. Huhh... baik beli baru. Tapi kenalah tunggu masyuk dulu baru beli yang baru. sementara tu pinjam dulu kat kenkawan dan juga semak melalui Henset. Sedih.. sedih...., dalam masa tu harap kenkawan enjoy dengan gambar-gambar dibawah ni. Dendrobium albosanguineum Phal cc - merah kan Cik bell ni bulat daunnya Putih sangat lah mak ngah Daunnya tak hinggattt..... Eria sp. Paphio. concolor Bachin... sikit Siapa ni..? Geng Tengah bergabung dengan Geng N9.