FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Tuesday, December 11, 2012

Sedih....

Ini cerita yang paling tak gemar nak didengari. Festival Anggerik Shah Alam telah diadakan sebanyak 19 kali dan kali ini amat mengecewakan kerana terdapat 3 kes kecurian pokok (2 curi keseluruhan pokok dan 1 curi dengan memotong pokok). Tergamak mereka membuat onar dalam Majlis ini. Sekali lagi Orkidla nyatakan disini Amat Mengecewakan dan Orkidla persimpati kepada Sahabat Orkidla ini.

Kes Pertama, Pemilik Mr. Lim (Gambar dibawah) dari Kelang kehilangan pokok Phalaenopsis bellina yang ditepek pada drift wood dan pokok ini telah memenangi tempat ke-3 dalam Ketagori Phalaenopsis Species.

Kes Kedua, Pemilik Cikgu Ramlah (Gambar dibawah) dari Shah Alam kehilangan pokok Phalaenopsis cornu-cervi 'Red'. Yang amat menyedihkan beliau adalah pokok tersebut baru sahaja dimiliki. Jadi tidak keruan Orkidla lihat beliau mencari dan bertanya kepada semua orang sama ada melihat pokok tersebut.
Manakala Kes Ketiga pula, Pemilik Siti Normaya mendapati pokok beliau Chysis limminghei dipotong tanpa izin. Menurut beliau, beliau ada memotong 2 bahagian untuk Mr. K. K. Wan dan En. Kadir. Ada 2 orang lagi yang belum dapat bahagian masing-masing.
 Siti Normaya bersama pokoknya (2 dari kanan)

Saturday, December 8, 2012

Orang Punya...

Pokok Terbaik.
Species Terbaik.
Hybrid Terbaik.

Anggerik Untuk Sekolah.

Baru-baru ini diadakan Pertandingan Anggerik untuk Sekolah-Sekolah di Shah Alam dan penyampaian hadiah dibuat pada hari ini 8hb. Dis'12. Tahniah kepada Sekolah-sekolah yang berjaya dan bagi Sekolah yang tidak berjaya, cuba lagi pada tahun hadapan.
Johan SMK Seksyen 16, Shah Alam.
Naib Johan SMK Vokasional Seksyen 17, Shah Alam.
 SJK (C) Subang, Shah Alam.
Sekolah-Sekolah lain hanya sekadar Saguhati sahaja.
Sessi bergambar.

Cirrhopetalum Sun Shine Queen 'Orange'

Cirrhopetalum Sun Shine Queen 'Orange' (Cirrhopetalum mastersianum X Cirrhopetalum corolliiferum) Senang dijaga dan juga senang berbunga.
Gambar pokok dan bunga.
Gambar bunga keseluruhan.
Gambar lip/lidah dari jarak dekat.

Pokok Baru

Yang ini dikenali sebagai Doritis pulcherrima x Dtps Purple Martin

Festival Anggerik Shah Alam Ke-19 (FASA-19) -1

Festival Anggerik kali ini boleh dikatakan amat bermakna kerana Orkidla dapat jumpa dengan beberapa kenalan baru termasuk Setiausaha Kehormat Orchid Society of South East Asia (Singapore) Puan Noor Ashekin Hashim serta Suami dan Anak-anak datang melawat. Ada juga Pasangan Suami-Isteri dari Sandakan, Sabah. Cubaan pertama peserta dari Melaka tidak mengecewakan apabila ada pokok yang masuk menang Best Species. Wow boleh tahan. 
Gambar diatas merupakan pokok Orkidla dalam cubaan kalau-kalau menang.
Presiden KASA Dato' Anuar sedang memberi penerangan kepada tetamu.
 

Friday, December 7, 2012

Festival Anggerik Shah Alam Ke-19 (FASA-19) -2

Sambungan ke-2.
Pokok ni memang dalam kategori lain-lain species dan juga kategori Best Species.
 
Sebahagian AJK dan Hakim Jemputan sedang menanti hidangan makan tengahari.
The Oman memerhati pokok-pokok Oncidium
Jadilah dapat no 2.