FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------
Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Risiko Yang Diambil - Pengajaran.


Inilah akibatnya jika tak dengar cakap Sifu. Apabila mengambil risiko untuk terus membenarkan spike menguntumkan bunga maka ubi pokok Catasetum ini terus stress lantas gagal untuk mengeluarkan keiki baru akhirnya mengecut kekuningan. Pelajaran terbaik adalah melalui kegagalan... Sabar jer.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejenak imbasan cerita Catasetum ini bermula dari awal...

Catasetum. Monday, November 28, 2011


Sabar Menanti.Friday, December 23, 2011


Happy New Year 2012.Sunday, January 1, 2012


Monday, August 9, 2010

Siput & Lintah Bulan

IMG_0696.jpg image by shaifulsIMG_0861.jpg image by shaifuls
Serangga perosak ini selalu menyusahkan pencinta orkid. Ia sering ditemui pada dirumah-rumah orkid, di mana keadaan lembap sangat sesuai untuk meneruskan kehidupan mereka. Siput-siput kecil boleh membahayakan pokok dengan memakan sulur akar. berlainan dengan siput yang lebih besar dan semua saiz lintah bulan (slugs), akan makan dan mengunyah akar dan tunas/pucuk baru, sering menyebabkan luka besar dalam jangka masa satu malam.

Ada banyak bentuk kawalan siput & Lintah bulan, Kodok merupakan 1 cara mudah jika anda hendak menggunakan kaedah bukan kimia, iaitu secara alam semulajadi. 1 cara lagi dengan meletakkan hirisan buah epal di dalam pasu yang anda syaki adanya siput ini berkeliaran dan lihat pada keesokan harinya. Anda akan terkejut seolah-olah ada satu pesta pada hirisan buah epal tersebut.

Tunas/pucuk yang telah dimakan akan mengeluarkan zat pekat untuk mengisi lubang (kesan dimakan). Jika tidak dirawat, ianya akan membusuk dan mengakibatkan pertumbuhan pokok terbantut. Keringkan lubang tersebut dengan kain kering kemudian disalut dengan belerang untuk pertanian. Ianya dapat mengeringkan kesan luka pada pokok dan mencegah dari dijangkiti kuman serta kulat. Lubang tersebut boleh disembuhi tetapi kesannya parut tetap ada dan kekal walaupun tak sedap mata memandang.

Friday, July 30, 2010

Petua II

Petua kali ini Orkidla nak kongsi bersama berkenaan dengan Serangga perosak. Jika terdapat semut pada pokok atau bunga, ini sudah semestinya pokok tersebut telah dihinggapi oleh Hamama, kutu, Koya & teritip tumbuhan.

Serangga-serangga perosak ini kebiasaannya akan bersembunyi di bahagian akar, serta dicelah-celah daun. Ini merupakan punca utama tumbuhan menjadi lemah dan jika tidak dikawal, pokok akan mati.

Sebarang racun serangga sistemik dengan ditambah sedikit Agen Pelembab (Sabun) dapat membunuh serangga perosak ini (dengan langkah/teknik yang betul) Sebagai langkah keselamatan, gunakan sarung tangan getah & penutup mulut/hidung sebelum menggunakan sebarang racun serangga. Aspek keselamatan perlu diUTAMAkan. Kebanyakkan racun serangga kesan TOKSIK bertahan sehingga 3 bulan. Jika aspek keselamatan tidak diutamakan, kebarangkalian untuk mendapat KANSER di kemudian hari amat tinggi.

Selain dari mengguna Racun serangga, ada 1 lagi kaedah pencegahan serangga perosak dengan menggunakan Minyak Neem. Minyak Neem adalah berasaskan minyak semambu yang digunakan sebagai bio-pestisid. Kajian mengesahkan ia mampu mengawal 400-500 spesis serangga perosak. Pelbagai serangga perosak kepada tanaman terutamanya belalang, kumbang dan serangga penghisap cecair tumbuhan seperti 'aphid', 'white flies' dan 'spider mite' boleh dikawal dengan menggunakan Minyak Neem ini. Penyelidikan terkini juga telah mengesahkan produk berasaskan minyak semambu juga boleh bertindak sebagai 'nematicide' dan 'fungicide'.
(Neem Oil ini ditaja oleh B'Green Groups)

Sekian dahulu buat masa ini. Sehingga berjumpa lagi dilain Petua.
Selamat mencuba.

Wednesday, July 14, 2010

Petua I

Orkid pada umumnya pernah dikatakan sukar untuk ditanam dan juga mahal. Pada hakikatnya ini tidak benar sama sekali. Artikel ini ditujukan buat panduan kepada mereka yang ingin memulakan hobi yang sungguh menakjubkan ini.
Apabila menanam Orkid, jangan sekali-kali menutup akar-akar dengan arang atau batu-bata diatasnya lalu menyerahkan pada kuasa alam untuk ianya hidup. Tindakkan ini akan mengakibatkan pokok orkid akan mati dengan cepat.

Cara yang terbaik ialah dengan memastikan kebersihan akar-akar orkid terlebih dahulu. Potong mana-mana akar yang telah mati atau kering. Letakkan campuran arang dan batu-bata didalam pasu dan kemudian diletakkan pokok diatasnya.

"JANGAN DILITUPI AKAR ORKID TERSEBUT."

Siram orkid tersebut 2 kali sehari serta baja seminggu sekali. Jika ingin menggunakan racun serangga atau racun kulat sila dapatkan khidmat nasihat pakar tentang penggunaan racun tersebut.

Sehingga bertemu kembali dengan Petua yang lain.

Sekian, Terima Kasih.