FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------
Showing posts with label Cymbidium. Show all posts
Showing posts with label Cymbidium. Show all posts

Thursday, March 14, 2013

Alhamdulillah.

Dapat sudah itu Cymbidium. Lamak sudah kamik carik. Alhamdulillah. TQ Bro Tontoro.

Monday, December 17, 2012

Cymbidium sp.

Kali ini 2 pasu Cumbidium Orkidla berbunga. Kedua-duanya dari jenis yang sama cuma terdapat perbezaan sedikit pada kelopak bunga. Cymbidium bicolor var. pubescens
Pokok 1

Pokok 2

Saturday, December 15, 2012

Coming Soon..

Cymbidium Chen's Ruby
Gambar Ehsan dari FB Saudara Sukhilee Hussain. TQ.

Sunday, October 7, 2012

Cymbidium lancifolium

Posting lama Cymbidium lancifolium. Jika ada yang ingin memilikinya sila email Orkidla. Terima kasih.

Wednesday, October 3, 2012

Akhirnya

Dalam Posting yang lalu Orkidla ada muat turunkan gambar pokok orkid ini. Akhirnya yang dinanti telah kembang. Link posting lalu :- Cymbidium dayanum var. Alba
Gambaran dari dekat

Wednesday, September 19, 2012

Lama Dah Tunggu

Alkisah pokok orkid ini Orkidla beli dekat-dekat 3 tahun kot atau lebih, bukan lupa tapi tak ingat. Dari 3, 4 ubi kini dah berubi-ubi. Yang hairannya pokok kawan-kawan kecil-kecil sudah berbunga, yang diri sendiri punya tidak juga hendak berbunga. Nak kata tidak berbaja dah bergelen-gelen baja cecair dah sembur, dah bergantang-gantang baja serbuk dah tabur. Tidak menampakkan tanda-tanda hendak berbunga.
Semalam terlintas difikiran nak sembur Neem sebab tak berapa sihat pokok orkid ni. Penuh dengan penyakit Teritip (scale insects). Semasa semburan bancuhan Neem dibuat terperasaan la pula 1 tunas baru, mula-mula ingat keiki/anak tetapi gemuk bersampullah pula. Haaa... sah kudup bunga. Alhamdulillah, berbunga akhirnya.

Saturday, September 1, 2012

Awal September

Diawal September ni sibuk dengan aktiviti jamuan raya sana sini. Bulbophyllum annandalei Ridl. 1920 SECTION Cirrhopetalum antara yang berbunga.
Pandanga dekat lidah bunga.
Pandangan dari bawah bunga
Pandangan keseluruhan pokok dan bunga.
Manakala ini pula Gongora claviodora Dressler 1972 SECTION Eugongora SUBSECTION Gongora. Gambar Sekuntum bunga
Sejambak bunga
Pokok dan sejambak bunga yang ke-3. 2 tangkai yang terdahulu telah kering.
Pokok
Buat kawan-kawan yang bertanya pada Orkidla, apa media tanaman yang Orkidla guna? Nah Orkidla guna serbuk paku-pakis.
Dengan titisan air mata, cutting la juga. Cymbidium finlaysonianum var flava

Sunday, July 29, 2012

Cymbidium finlaysonianum var flava

Dalam tempoh sebula orkid ini berbunga lagi, cuma kali ini hanya 1 tangkai bunga sahaja berbanding bulan lalu yang mempunyai 2 tangkai bunga. Kali ini terdapat kira-kira 25 kuntum bunga.
Cymbidium finlaysonianum var flava

Sunday, June 10, 2012

Si Mekar Mewangi 2

Antara koleksi yang paling tidak banyak kerenah dan birokrasi.
Cymbidium finlaysonianum var. Alba
Plant
Cymbidium ensifolium dan Grammatophyllum scriptum
Inflorescence
Plant

Wednesday, May 30, 2012

Terima Kasih Dan Salam Kenalan

Hari ini berdandut lagi diLC, berkenalan dengan seorang peminat orkid dari Singapore pulang bercuti dan rupanya salah seorang pembaca setia blog Orkidla. Terima kasih dan Salam Kenalan buat Saudara Azman. Sementara disebelah petang pula Orkidla berpeluang berjumpa dengan seorang lagi rakan FB/orkid yang juga pulang bercuti dari Bintulu Sarawak. Terima kasih buat Puan Marina atas kesudian meluangkan masa berjumpa dengan Orkidla. Sehari sebelom, Saudara Tiger Orchid a.k.a Mohd Noor dari Gombak datang berjumpa dengan Orkidla. Terima kasih Bro...
Cattleya purpurata
Bulbophyllum rufinum - antara koleksi terbaru, Pokok sahaja.
Bulbophyllum siamense - antara koleksi terbaru, Pokok sahaja.
Orkid Hybrid ini jika tidak silap crossing diantara Grammatophyllum scriptum dan Cymbidium ensifolium. Bunga sangat menarik. Kena sabar sedikit masa lagi untuk ianya kembang mekar.

Friday, April 6, 2012

Cymbidium II

Susulan dari topik Cymbidium sebelom ini, Orkidla pernah memiliki beberapa jenis, ada yang masih hidup dan ada juga gagal diselamatkan.

1. Cymbidium aloifolium - TIADA DALAM KOLEKSI.
2. Cymbidium atropurpureum - HIDUP SEGAR. (Ada dipasaran)
3. Cymbidium bicolor - HIDUP SEGAR. (Ada dipasaran)
4. Cymbidium borneense - BEBERAPA KALI MENCUBA MASIH GAGAL. (Ada dipasaran)
5. Cymbidium chloranthum - HIDUP SEGAR. (Ada dipasaran)
6. Cymbidium dayanum - HIDUP SEGAR. (Ada dipasaran)
7. Cymbidium elongatum - TIADA DALAM KOLEKSI.
8. Cymbidium ensifolium - HIDUP SEGAR. (Ada dipasaran)
9. Cymbidium finlaysonianum - HIDUP SEGAR. (Ada dipasaran)
    Cymbidium finlaysonianum var. Alba - HIDUP SEGAR. (Ada dipasaran)
    Cymbidium finlaysonianum var. Flava - TIADA DALAM KOLEKSI.
10. Cymbidium lancifolium - BEBERAPA KALI MENCUBA MASIH GAGAL. (Ada dipasaran)
11. Cymbidium rectum - HIDUP SEGAR.
12. Cymbidium roseum - HIDUP SEGAR. (Ada dipasaran, jauh )
13. Cymbidium sigmoideum - TIADA DALAM KOLEKSI Dan Ingin memilikinya.


Mungkin ada dikalangan rakan-rakan Orkid boleh bantu jika ada terdapat beberapa orkid Cymbidium yang boleh didapati dipasaran. Boleh share nama nursery serta tempat. TQ.

Thursday, April 5, 2012

Cymbidium?

Orkidla ditanya oleh Saudara MillFa Wild Orchid katanya,

Salam.. sy ne salah sorang peminat sp Cymbidium. nk tanya ngn rakan2 la. kt malaysia nei agak2 ada berapa sp cybdium? selalu jumpa yg biasa ja( yg selalu melekat kat pokok kelapa sawit tue).

Dalam list rujukkan Orkidla ada lebih kurang 65 jenis Cymbidium di serata dunia dan beberapa darinya datang dari Malaysia. Ada juga terdapat beberapa jenis Cymbidium luar negara yang dijual di Malaysia (Amat jarang ada). Maafkan Orkidla jika ada yang tercicir dan minta rakan-rakan Sifu yang lain bantu bagi memperkemaskan maklumat ini, Terima kasih.

1. Cymbidium aloifolium (L.) Sw. 1799 SECTION Cymbidium
Found in South Central China, Assam, Bangladesh, eastern Himalayas, India, Nepal, Sri Lanka, Andaman Islands , Myanamar, Thailand, Laos, Cambodia, Vietnam, Malaysia, Java and Sumatra - elevations of sealevel to 1100 meters

2. Cymbidium atropurpureum (Lindl.) Rolfe 1903 SECTION Cymbidium Hunt 1970
Found in Southern Thailand, Central Malaysia, Vietnam, Borneo, Sumatra and the Philippines - elevations of lowland sealevel to 1630 meters

3. Cymbidium bicolor Lindl. 1833 SECTION Cymbidium Hunt 1970
Found from Vietnam, Pennisular Malaysia, Borneo, Sulawesi, Java, Sumatra and the Philippines - elevations of 400 to 1100 meters

4. Cymbidium borneense J.J. Wood 1983 SECTION Borneese Du Puy & Cribb 1988
Found in Borneo in lowland forests - elevations of 100 to 1300 meters

5. Cymbidium chloranthum Lindl. 1843 SECTION Floribundum Seth & Cribb 1984
Found in Malaysia, Sumatra, Borneo and Java - elevations around 250 to 1000 meters

6. Cymbidium dayanum Rchb.f 1869 SECTION Himantophyllum Schlechter 1924
found in Assam India, eastern Himalayas, Sikkim, Thailand, Cambodia, China, Vietnam , Borneo, Malaysia, the Philippines, Sulawesi, Sumatra, Taiwan, Ryukyu Islands and Japan - elevations of 300 to 1800 meters

7. Cymbidium elongatum J.J. Wood, Du Puy & Shim 1988 SUBGENUS Cymbidium SECTION Floribundum Seth & Cribb
Found in Borneo [Sabah, Sarawak] near Mount Kinabalu - elevations of 1200 to 2300 meters

8. Cymbidium ensifolium [L]Swartz 1799 SECTION Jensoa [Raf.] Schlechter 1924
Found in Japan, China, Vietnam , Cambodia, Laos to Sumatra and Java - elevations of sealevel to 1500 meters

9. Cymbidium finlaysonianum Wall. ex Lindl. 1833 SECTION Cymbidium Hunt 1970
Found from Vietnam, Cambodia, Malaysia, Sumatra, Suluwesi and Philippines - elevations around lowlands sealevel to 1200 meters

10. Cymbidium lancifolium Hook. 1823 SECTION Pachyrhizanthe Schlechter 1924
Found from Assam, eastern Himalayas, Nepal, Bhutan, Sikkim, western Himalayas, China, Korea, Japan, Ryukyu Islands, Taiwan, Myanamar, Thailand, Malaysia, Laos, Cambodia, Vietnam, Borneo, Java Moluccas, Sulawesi, Sumatra and New Guinea - elevations of 200 to 2300 meters

11. Cymbidium rectum Ridl. 1920 SECTION Cymbidium Hunt 1970
Found in pennisular Malaysia and Borneo - elevations of 400 to 800 meters

12. Cymbidium roseum J.J.Sm. 1905 SECTION Cyperorchis Hunt 1970
Found in the penninsular Malayasia , Java and Sumatra - elevations around 1450 to 2400 meters

13. Cymbidium sigmoideum J.J.Sm. 1907 SECTION Cyperorchis Hunt 1970
Found in Malaysia, Borneo, Java and Sumatra - deep shade at elevations of 800 to 1700 Meters

Itu sahaja yang dapat Orkidla bantu, Harap ianya sedikit sebanyak dapat menambah Ilmu pengatahuan rakan-rakan Orkid semua. Salam Sejahtera dari Orkidla.

Monday, April 2, 2012

Cymbidium finlaysonianum var. Alba.

Pokok ni paling tidak menyusahkan kepala Orkidla, Tanam menggunakan media campuran Perlite, Serbuk Kelapa serta Arang hancur. Tahap pencahayaan 100% Matahari pagi dan 100% terlindung pada sebelah petangnya. Pembajaan seminggu sekali baja semburan dan sebulan sekali dengan baja biji. Dari 2 batang pakok matang beserta 1 anak pokok dibeli dengan harga 2 rat lebih. kini pokok hidup subur, Alhamdulillah mempunya 5 pokok matang dan 1 anak pokok.
Cymbidium finlaysonianum var. Alba. (Gambar bunga dekat)
Cymbidium finlaysonianum var. Alba. (Gambar sejambak bunga)
Cymbidium finlaysonianum var. Alba (Gambar pokok)

Thursday, April 16, 2009

Cymbidium dayanum

Setakat ini tak pernah mengecewakan, selalu berbunga. Memerlukan cahaya matahari 100%, bunga yang wangi.
Bunga

Sejambak

Pokok

Seedpot001

Seedpot002

Seedpot003

Friday, March 6, 2009

Cymbidium NoID (Cym. borneense)

Cymbidium ni dibeli dari Nurseri penghujung tahun 2008. kata Ahpek
tu "munga melah" dah menarik nih. Beli la, tak mahal 1 rumpun
(3 pokok) RM20. Tanam dengan campuran tanah berbatu dan arang
hancur. Lebih kurang awal bulan February 2009 dah mengeluarkan
tangkai bunga. bestnya.

ID Cymbidium ini telah diberitahu oleh Mr. Weng L Lim
(7/3/09:2.46am), iaitu Cymbidium borneense. Terima Kasih kepada
Mr. Weng L Lim.

Perkembangan bunga - 17/2/2009 (gambar pokok & bunga)




Perkembangan bunga - 21/2/2009


Perkembangan bunga - 5/3/2009 Gambar keseluruhan tangkai bunga Cymbidium ni.
Sayangnya sekuntum bunga kena kutil.


Dah kembang, tapi masih tak tahu ID Cymbidium ni.


Dibawah ni, lip detail closeup.