FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Friday, November 30, 2012

Ole-ole dari Kota Jambi.

Terima Kasih Pak Sonny Agus Sumarsono.

Thursday, November 29, 2012

Coming Soon.

Coming Soon, Sempat ke Pendaftaran 6hb Dis 2012 ni?

Wednesday, November 28, 2012

FESTIVAL ANGGERIK SHAH ALAM ke 19. (FASA19)



TAPAK GERAI.


Gerai Jualan untuk Festival Anggerik Shah Alam kali ke 19 dibuka untuk tempahan....siapa cepat dia dapat...hanya 5 gerai sahaja.....tinggal lagi 4 gerai sahaja...

Kadar Sewaan : RM 1000 untuk 4 hari.

Lokasi gerai : Indoor and aircond, hanya bersebelahan dengan kawasan pameran orkid

Nota:
1. Kawasan parking yang sangat dekat....hanya 10 meter ke tapak Festival.

2. Tandas, Surau, Tempat Makan sangat dekat...hanya dalam lingkungan 10 meter sahaja.

3. SACC Mall terletak di pusat bandar Shah Alam, bersebelahan dengan Kompleks PKNS, ANggerik Mall, SACC Convention Centre, Plaza Alam Sentral, Taman Tasik Shah Alam.

Sunday, November 25, 2012

Antitranspirant

Satu hari Orkidla pergi melawat seorang sahabat. Orkidla ada menyatakan kerisauan Orkidla untuk meninggalkan pokok orkid Orkidla terutama Bulbophyllum lebih dari seminggu. Sahabat ni ada mencadangkan Orkidla menggunakan sejenis bahan yang dipanggil "Antitranspirant".

Apa tuuu...

Sahabat Orkidla ni pun menerangkan serba sedikit fungsi bahan ini. Ianya dapat membantu mengurangkan/melambatkan proses hidrasi pada pokok. Menurut beliau terdapat 2 jenis "Antitranspirant", dari jenis tumbuhan dan lagi satu chemical. Nasihat beliau guna jenis pertama kerana yg kedua tu akan membunuh pokok.

Ohhh... macam itu.

Sahabat Orkidla ni kata harga bahan ini sangat mahal boleh mencecah ratusan USD. Beliau menggunakan bahan ini pada pokok orkid jika ada Orchid show di luar negara. Di Jepun kalau tidak silap penggunaan bahan ini boleh dikatakan tidak sah penyertaan boleh dibatalkan, tetapi di negara lain dibenarkan memandangkan ianya bersifat sementara.

Cara penggunaan ambil sedikit (kurang dari setitik) dilarutkan dalam 1 liter air dan disembur keseluruhan pokok. AWAS!! Jangan sembur pada tangkai baru berbunga kerana ia akan bantutkan bunga tersebut. Bunga sudah kembang boleh.

Sebelum pulang Orkidla dibekalkan sedikit bahan "Antitranspirant" ni. Terima kasih SAHABAT.
Maklumat selebihnya rakan-rakan boleh rujuk dipautan sesawang ini,

http://en.wikipedia.org/wiki/Antitranspirant

Saturday, November 24, 2012

Need ID.

Sejujurnya, Orkidla telah kehilangan ID Catasetum ini. Mohon jasa baik rakan-rakan Blogger yang tahu ID ia, tolong maklumkan kepada Orkidla. Terima kasih didahulukan.

Wednesday, November 21, 2012

Bulbophyllum mastersianum

Bulbophyllum mastersianum yang dibeli dari Kota Jambi. Dikatakan berasal dari Kalimantan.

Tuesday, November 20, 2012

Sudah Tiba

Sudah tiba, beberapa minggu yang lalu Orkidla terima gambar bunga melalui email dari seorang sahabat dan kini pokok Orkidla pula yang berbunga di halaman balkoni rumah Orkidla. Tidak dapat diketahui sama ada pokok orkid ini Hybrid atau Species dan dari mana asal-usulnya. Ada beberapa sahabat memberi pendapat ianya Hybrid (Bulbophyllum lepidum x Bulbophyllum plumatum). Jika sahabat-sahabat blogger dapat kenalpasti orkid ini tolong beritahu Orkidla. Ribuan terima kasih banyak-banyak Orkidla dahulukan.

Sunday, November 18, 2012

Projek Malam-malam.

Sebelom masuk tidur, intai-intai orkid di Balkoni sekejap. Tiba-tiba jer muncul idea nak tepek orkid pada kayu ni.
Orkid sasaran Catasetum tenebrosum "Tomiko" (Ogos 2009)
Hasilnya.

Saturday, November 17, 2012

Gigi..

Macam gigi jer, tersusun. Bulbophyllum dentiferum nama diberi.
 

Thursday, November 15, 2012

Galeandra stangeana

Galeandra stangeana - boleh dikatakan sepupu-sepapat dengan Catasetum. Tak banyak yang Orkidla tahu pasal orkid ini. Untuk rujukkan Orkidla berpandukan kepada maklumat dari Internet seperti tertera ini.  http://www.orchidspecies.com/galstangeana.htm

Tanam Semula.

Antara pokok orkid yang dibawa balik dari Kampong untuk dipulih semula. Terdapat beberapa pokok Bulbophyllum sp. dan Catasetum sp. dan Hybrid.

Balik Kampong.

Balik Kampong itu yang paling menggembirakan hati. Selain dapat berjumpa dengan kedua Ibubapa tersayang, dapat juga melihat pokok-pokok orkid yang berbunga. Emm.. kali ini tak banyak yang berbunga dan banyak juga yang sudah tamat tempoh kembangnya. Harap rakan-rakan blogger enjoy.