FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Monday, November 2, 2009

Rumah Baru

Sabtu baru-baru ini, Orkidla bergerak ke Utara Tanah Air pulang ke Kampong untuk upacara pecah tanah rumah orkid baru. Dibawa bersama beberapa jenis orkid serta beberapa kelengkapan lain untuk menyiapkan rumah orkid baru ini dengan seberapa segera. Dibawah kelihatan Ayahanda Orkidla sedang sibuk untuk menaikkan netting yang baru tiba dari KL.

Sebahagian netting hitam yang telah dipasang.

Sebahagian para/rak yang telah disiapkan. Panjang 10 kaki x 2 & ketinggian dalam 3 kaki.

Antara orkid-orkid yang dikeluarkan dari rumah lama, ada yang ditempatkan dibawah pokok dokong, pokok pisang, bawah tempat letak kereta dan lain-lain lagi.







Antara yang berbunga












Setelah selesai urusan memasang netting bumbung rumah orkid baru, semua orkid-orkid disusun semula ditempat yang telah ditetapkan. buat masa ini susunan masih lagi berterabur disebabkan ada lagi bahagian yang belom siap sepenuhnya.








Antara penghuni baru rumah orkid, Dipodium paludosum

Orkid Vanilla aphyllum ni ditanam semula dipangkal pokok kelapa. Terpaksa dicabut dari pokok mempelam yang hendak ditebang bagi memberi laluan kepada rumah orkid yang baru.

Phaius ini rajin berbunga, ID baru diketahui Phaius indigoferus Hassk.1842. Inilah baru pertama kali Orkidla berkesempatan mengambil gambarnya. Terkenang kembali kisah-kisah semasa "Hunting" dulu-dulu. Phaius ni berasal dari Genting Highland.


Macam-macam Ada.........

Vanda dibawah ni antara pokok-pokok yang baru tiba dari Thailand. Harga diantara RM45 ke RM55 mengikut saiz pokok. Kalau ada yang berminat sila lah ke Bazaar Rakyat Seri Kembangan yang terletak di sebelah Pasar Borong Modern Seri Kembangan. Dibuka hingga larut malam.



Berkenan dengan oncidium ni, sapu buat buah tangan Bonda di kampong.



Phalaenopsis cornu-cervi ni beli di nurseri KL. 1 pokok RM100, beli 2 pokok dapatla kurang sikit.



Phalaenopsis cornu-cervi ni dibeli dari nurseri daerah Sepang, sepokok dengan harga RM40.

Bulbophyllum ni dibeli atas nama Bulbophyllum klabatense. Menurut amalan Orkidla ini bukan Bulbophyllum klabatense, sebaliknya Bulbophyllum mandibulare. Tak mengapa kita tunggu dan lihat.


Orkid dibawah ni Orkidla beli di SACC Mall semasa Pameran dan Pertandingan anggerik KASA beberapa minggu yang lalu. Malangnya dijual tanpa ID, tetapi Orkidla dapat rasa ianya dari jenis Lycaste aromatica, berbunga kuning serta mengeluarkan aroma yang mengasyikkan. Single flower, berasal dari Mexico, Guatemala, Nicaragua, Honduras and El Salvador.


----------------------------------------------------------------------------------
Info from Internet (http://www.orchidspecies.com/) courtesy of Jay Pfahl.

Lycaste aromatica [Graham ex Hooker] Lindley 1843 SECTION Aromaticae Photo courtesy of © Allen Black