FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Thursday, October 22, 2009

Cerita Dari Desa

Cuti Deepavali baru-baru ini, adik Orkidla balik ke Kampung melawat keluarga tercinta. Sempat la dia snap beberapa keping gambar orkid yang sedang mekar dilaman rumah. Diantaranya Cymbidium ini. Seingat Orkidla, beli Cymbidium ni dari Orang Asal di Tanah Tinggi CH awal tahun 2009. Dari setup pokoknya Orkidla tahu ianya mesti Cymbidium chloranthum.
18102009003.jpg picture by shaifuls
18102009002.jpg picture by shaifuls
Oncidium Hybrid ni dah tak ingat nama sebenarnya, dapa suatu ketika dahulu ianya diantara orkid yang liat untuk berbunga. tapi kini rajin pula ia berbunga.
18102009001.jpg picture by shaifuls
Dendrobium purpureum "Alba"ni masih mekar berbunga dari sebelom Syawal hingga kini.
18102009.jpg picture by shaifuls
Terkini, kerja-kerja menaik-taraf reban orkid di Kampong Orkidla sedang giat dijalankan. Buat masa ini, 6 batang tiang 12 kaki telahpun didirikan. Selepas ini rak/para akan disusun mengikut setup sesebuah Nurseri orkid dan tak lupa juga nak kena pasang pagar, takut-takut traktor 4 kaki masuk habis pokok-pokok kena sondol. Emm... berapa banyak lagi RM yang hendak dikeluarkan kali ini.
19102009.jpg picture by shaifuls

Dendrobium bicaudatum

Dendrobium bicaudatum Reinw. ex Lindl. 1859 SECTION Spatulata.


Dendrobium cute ni pada awalannya nak beli, bila ditanya berapa RM? F.O.C, apa lagi sapu jer la.


Dipodium paludosum (Griff.) Rchb. f. 1862

Dipodium paludosum ni sudah kembang sebahagian dari keseluruhan bunganya. Bunganya agak pelik sedikit disebabkan corak pada bunganya terdapat dibahagian belakang kelopak bunga bukannya dihadapan kelopak bunga.

Pandangan hadapan
IMG_6491.jpg picture by shaifuls
Pandangan belakang

IMG_6494.jpg picture by shaifuls

Keseluruhan tangkai bunga.
IMG_6492.jpg picture by shaifuls
Gambar pokok dan bunga

Monday, October 19, 2009

Dendrobium NoID.

Beli pokok Dendrobium ni sepasu dari 3 pasu yang ada. Mohon bantuan jika ada yang tahu nama Species Dendrobium ini.
IMG_6473.jpg picture by shaifuls

Kelopak bunga dari pandangan hadapan.

Kelopak bunga dari pandangan belakang. (berbintik-bintik)

Corak lidah (Lips) yang berbatik.

Tangkai bunga hijau serta mempunya tompok-tompok berwarna ungu
IMG_6476.jpg picture by shaifuls
Gambar bunga dan pokok

Cuti Deepavali

Sabtu 17hb Okt. 2009; Sempena cuti Perayaan Deepavali ramai saudara mara buat majlis Pernikahan serta Kenduri kesyukuran. Orkidla berangkat pulang ke Kampong subuh-subuh bagi mengelakkan kesesakkan dijalan raya. Setibanya di Kampong, Orkidlan terpandang 2 jambak bunga orkid dan 1 jambak bunga mawar di halaman rumah jiran sebelah. Ala hai.., hilang rasa penat.



Sebelom ke Majlis Pernikahan sepupu, Orkidla sempat ke Nurseri orkid member nih. Cattleya Tainaka (medium size) ni menyapa kedatangan Orkidla.

Epicatt.

Cicak ni pun nak tumpang bergambar... apa macam leh masuk PROJECT RUNWAY tak?

Coelogyne pandurata ni rajin berbunga..


Yang ini pula Coelogyne mayeriana...

Dendrobium sp. ni pun tak putus-putus berbunga, jika diizinkan next trip nak sapu pokok ni.

Cattleya ni unik warnanya.

Berikut antara pokok-pokok orkid yang disapu selepas sessi bergambar, Koyaklah poket bila membayar. Hampir-hampir ribu RM dibelanjakan dalam sessi memborong kali ini. Mahal juga member ni jual kali ni.
Dipodium sp.


So, dah ada 2 pokok jenis Dipodium ni, yang terkini berdaun kecil dan yang tua berdaun besar.

Bulbophyllum phalaenopsis

Bulbophyllum graveolens (beli 2 pasu)

Dendrobium sp.


Coelogyne mayeriana

Coelogyne asperata

Halaman Rumah. (Okt '09_I)

Catasetum ni (Lupa pula namanya) dibeli bila kena racun kelas 1. (RM110)
Paphio. ni masih mekar dibalkoni rumah Orkidla.

Bulbophyllum species ini didatangkan khas dari Cameron Highland. Masih tidak diketahui IDnya.


Bulbophyllum ini dikatakan Bulbophyllum klabatense oleh member dari CH, tak pasti la pula sebab ubi pokok matang seakan-akan sama dengan ubi Bulbophyllum echinolabium serta Bulbophyllum mandibulare.

Dendrobium species, maybe Dendrobium lawesii


Akhirnya berakhirnya 1 penantian, pokok orkid yang dikirim oleh Bro. Pdox sudah kembang walaupun tak seberapa. Bulbophyllum mandibulare ini memang malu untuk kembang sepenuhnya.



Baru-baru ini Pejabat Orkidla ada membuat Jamuan Hari Raya, Orkidla bawa beberapa pasu bunga (19pasu) untuk dijadikan hiasan. Habis kesemuanya jadi rebutan. Berikut diantara yang sempat diambil gambarnya.


yang ni tak sempat nak beli dah disapu orang.