FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Tuesday, July 10, 2012

Kali Ini...

Buat kali keberapa entahlah ianya berbunga kali ini hanya 1 kuntum sahaja tidak seperti bulan lalu yang mengeluarkan bunga yg banyak. Keharumannya tetap menawan kalbu.
Phalaenopsis bellina
Thrixspermum trichoglottis (Hook.f.) Kuntze 1891 SECTION Dendrocola.
Dikanpung Orkidla, jenis ini banyak tumbuh diatas pokok buah jambu batu, pokok buah limau bali dan juga di pokok pagar, bunga jenjarum.

Sunday, July 8, 2012

Floria 2012 Presint 2, Putrajaya.

Beberapa keping gambar bunga yang sempat Orkidla ambil sepanjang beberapa jam Orkidla di Floria 2012 Presint 2, Putrajaya.
Dah murah buku Orchids keluaran Mardi ini. Masa Orkidla beli kira-kira 5, 6 tahun dahulu harganya RM96, tetapi kini kurang dari 50% diskaun. Sayangnya masyarakat kini kurang berminat untuk membaca..
Antara pokok yang tak berapa mampu untuk dimiliki...
Alaaa... dah balik rumah tengok gambar baru rasa nyesal tak ambil..... huhuhuhu
Arabicum yang disambar hari ini..
Pandangan sisi

Friday, July 6, 2012

Lamanya...

Dah lebih seminggu tak update Blog.. Hari ini nak kongsi 1 teknik tanaman yang orkidla guna dan mungkin ini telah lama diguna oleh rakan-rakan blogger. Ianya bermula beberapa bulan yang lalu bila kebiasaannya orkidla tanam Cattleya guna arang dan batu bata serta pasu plastik. Kali ini orkidla guna kepingan fern (Fern slap)
Laelia purpurata var. striata ini pula sudah agak stabil.
Catt. walkeriana dibawah ini telah beberapa bulan ditanam. Akarnya telah stabil.
Catt. intermedia var. coerulea dibawah baru tanam beberapa hari yang lalu

Thursday, June 28, 2012

Keratan Batang Tua

Hari ini Orkidla nak kongsi sedikit tip. Jika rakan-rakan dapati batang orkid Dendrobium rakan-rakan sekalian telah buruk atau tua (Bukan mati kering) dan masih hijau, jangan dipotong buang lalu dibakar bersama-sama daun-daun kering. Dari batang-batang tua ini masih boleh digunakan, selepas dipotong susun atas para dan disiram air sekali atau 2 kali sehari.

Dari keratan batang ini akan tumbuh keiki atau anak-anak pokok. Buat rakan-rakan yang telah berbuat demikian Tahniah dari Orkidla. Selamat mencuba.
(Klik untuk memperbesarkan gambar)

Few Preparation By LC

Bunga berikut antara yang disediakan oleh Nurseri LC untuk jualan di Floria Putrajaya yang akan tiba pada 30hb Jun 2012 iaini Sabtu ini. Strategi jualan kali ini jual anak-anak pokok.

Wednesday, June 27, 2012

Kutu

Kutu

Tahukah anda Bawang putih sangat berguna dalam kehidupan kita seharian,
Selain dari sedap dimakan dlm masakan atau jeruk, ianya sering kali digunakan
bagi tujuan menghalang unsur2 jahat/"dark site".

ianya amat berguna bagi menghalang proses pembiakan kutu2 pada pokok.
ada 4 cara utk mengatasi masalah kutu pada tumbuhan,
pilih mana satu.

Cara 1,
Bahan-bahannya
1. Bawang Putih.
2. Lada Kering
3. Air

Cara-caranya
Rebus bawang putih yg ditumbuk lumat dgn kulit2 + lada kering
disembur air rebusan tersebut pd pokok sasaran.
Air rebuasan ini tahan dlm sehari dua shj. (Busuk jika simpan lama).

Cara 2,
Bahan-bahannya
1. Bawang Putih.
2. Air

Cara-caranya
Rendam bawang putih yg ditumbuk lumat dgn kulit2 semalaman
disembur air tersebut pd pokok sasaran.
Air ini tahan dlm sehari dua shj. (Busuk jika simpan lama).

Cara 3,
MINYAK BAWANG PUTIH
Bahan-bahannya
1. Bawang Putih.
2. Minyak Kacang
3. Air

Cara-caranya
Campur minyak kacang &  bawang putih yg ditumbuk lumat dgn kulit2
peram kedua2 bahan tersebut selama 1 minggu.

ambil 1 sudu makan minyak bawang putih dicampurkan dgn 1 sudu makan
sabun sunlight dan dicairkan dgn 1 liter air. sembur air tersebut pd pokok sasaran.
Minyak Bawang Putih ini tahan lama.

Cara 4,
Bahan-bahannya
jari

Cara-caranya
picit-picitkan kutu tersebut dengan geramnya.


Selamat mencuba.
***Pihak Penaja tidak bertanggungjawap diatas apa2 yg terjadi pada Kutu tersebut.
*Saya pun tak try lagi nih... baru belajar.