Sabtu 18/04/09 (07.30am), bergerak menuju ke Bandar Bera. tujuan Lawatan ke Tapak Pengeluaran Makanan Kekal iaitu tapak Bera Botanical Valley. Laman Anggerik Selangor akan berpindah operasinya ke Pahang berkuatkuasa serta merta. Bera Botanical Valley akan dikelolakan oleh salah sebuah anak Syarikat B'Green iaitu B'Green Tropical Exotic Plantae.
Selapas sesi lawatan tapak, Lunch di rumah Biras Member sempat la snap 1 orkid dilaman rumah Biras member ni. Sempat la dapatkan pekerja untuk ratakan dan racun semak-samun sebelom kerja-kerja memindahkan kesemua orkid-orkid dari Laman Anggerik Selangor.
Selesai menjamu selera nasi berlaukkan ikan sungai goreng serta keladi masak asam yang meyelerakan tu bergerak pulang ke KL. Sebelom itu sempat singgah ke Triang Botanical Valley (TBV). Setibanya di TBV, saya disambut dengan hujan yang lebat. Perkena tea tarik secawan, Pisang goreng serta Keledek goreng. Selesai hujan sempatlah snap beberapa keping gambar-gambar orkid member ni buat menjamu mata, sebelom pulang ke KL.
2 rumpun Orkid Harimau (Gramma speciosum)
Air Plant (Tillandsia)
Aracnis Maggie Oii
Seedpot Cymbidium bicolor
Dendrobium anosmum
BLC Green Wish
4 rumpun Coelogyne rochusseni, subur-subur.
Dendrobium Dawn Marie
Phal Hybrid
Spathoglottis
Thecopus secunda
No comments:
Post a Comment