FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Tuesday, June 30, 2009

Festival Bunga & Taman Putrajaya (Floria)


Hari ini berkesempatan memghadiri Majlis Perasmian dan Sidang Media Festival Bunga & Taman Putrajaya (Floria) di Kelab Tasik Putrajaya, Percint 8, Putrajaya yang akan diadakan pada 1hb - 9hb Ogos 2009 yang akan datang. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Y.B. Dato' Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin. Festival Bunga & Taman Putrajaya (Floria) kali ini memberi penekanan kepada Bunga-bungaan Orkid.

Ucapan Alu-aluan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Y.B. Tan Sri Shamsuddin Bin Osman.

Ucapan Perasmian oleh Menteri Wilayah Persekutuan Y.B. Dato' Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin.

Acara simbolik memanam pokok Orkid Phalaenopsis Hybrid.

Acara bertukar-tukar cenderahati

Lanskap & Gubahan orkid menghiasi Pentas Perasmian.


Catasetuum

Den. formosum

Renanthera

Den. curly

Brassia

V. Mimi Palmer, menjadi rebutan ramai, sangat wangi.

Jenis ni macam baru jer. Oncidium ker.
IMG_5160.jpg picture by shaifuls

Ziarah...

Lama dah tak gi ziarah jiran dirumah sewa sebelom beli rumah sendiri. Sempat la juga snap gambar-gambar pokok bunga hiasan yang ada dilaman jiran lama. Antaranya..,
Pokok Sepulih merupakan pokok Lily juga.


Lily ni kalau tak silap Lily Amazonica

Antara Pokok asam yang sebenarnya antara pokok kegemaran Ayahandaku. Tergerak dihati nak cukai sikit, tapi malu. hehehehe....


Lily lagi

Antaro Lily yang dah kombang kek opis ni haa..
Yang ini pemberian Cikna. Trima Kasih.

Wednesday, June 24, 2009

Hoya NoID (II)

Ahad, 21hb Jun 2009; dapat MMS dari member CH. Dia kata dia di Chiang Mai, cari pokok.
Image039-1.jpg picture by shaifuls
Rabu, 24hb Jun 2009; dapat SMS menyatakan Hoya ini akan tiba kat KL pada Khamis 25hb Jun 2009. Seronoknya, Boleh tahan juga harganya.

Monday, June 22, 2009

Hoya; NoID

Hoya ini sebenarnya sudah sekian lama mendiami atas netting hitam di Laman Anggerik Selangor. Semenjak memilik Nurseri ini dari bulan September tahun lalu hingga kini tak pernah lagi lihat bunganya. Memandangkan kesemua barang-barang di Nurseri ini akan dibuka dan dihantar ke Bera, maka sebahagian pokok Hoya ini diambil untuk diselamatkan.


Antara yang dapat diambil dari atas Net hitam.

Setiba dirumah, Hoya ini direndam dalam air campuran B'Green Seaweed bertujuan bagi mengurangkan tekanan pada pokok yang seharian di dalam kereta.

Selepas 10-15 minit, pokok Hoya ini di angkat dan dibiarkan kering didalam bekas beraga/bakul.

Didalam sedikit masa lagi, kesemua Hoya ini akan dipasukan.
_____________________________________________________________
Selasa, 23hb Jun 2009; Berkesempatan untuk tanam kesemua Hoya NoID ni. Jika diikutkan memang nak kena guna banyak pasu sekurang-kurangnya dalam anggaran 10 ke 15 pasu. Tetapi yang ada cuma 4 pasu sahaja.
IMG_5117.jpg picture by shaifuls
IMG_5118.jpg picture by shaifuls

Hari Yang Amat Memenatkan. (II)

Sabtu, 20hb Jun 2009; Sudah 3 minggu berturut-turut ke Laman Anggerik Selangor menguruskan perpindahan ke Bera. Kali ini Net Hitam, Pasu, Batu, Kayu serta Besi G.I akan dihantar ke sana. kerja-kerja ini berlanjutan sehingga Ahad 21hb Jun 2009.

Kerja-kerja menaikkan barang-barang ke dalam lori. Hari ini lori lambat tiba, maka segala-galanya lambat. dikhabarkan kerja-kerja memunggah disebelah Bera sehingga jam 9 malam.

Bahagian ini belom dibuka lagi.....

Rumah & stor ini akan dibuka minggu hadapan.

Pokok ini telahpun selamat tiba di Bera.

Thursday, June 18, 2009

Bestnya....,

Sejak beli March 2009 hingga sekarang tak tukar-tukar pasunya. Mamat Jepun ni kata kalau daun baru ia keluar berbelang hijau dan putih dia nak beli semula. Harga kurang sebelah tapak tangan cukup RM50.

Masa beli ada keiki baru tapi terbantut atas sebab stress. Semalam sempat belek ada 2 keiki baru dan keiki yang besar dah menyeluarkan spike. Bestnya, Alhamdulillah.

Coelogyne cumingii
IMG_5095.jpg picture by shaifuls
Celah-celah daun ada spike bunga...
IMG_5099.jpg picture by shaifuls

Dibawah ni diambil dari Internet, Thanks Mr JPfahl. Photos courtesy of © Peter O'Byrne.
http://www.orchidspecies.com/coelcummingii.htm

http://www.orchidspecies.com/orphotdir/coelocummingii.jpg

Derma Masjid As Sahabah, Bosnia.

Alhamdulillah berjaya juga akhirnya melawati blog Derma Masjid ini setelah sekian lama mencari dalam Internet. Derma Masjid As Sahabah ini merupakan anjuran Ustaz Wan Shohor Bani Leman bersama-sama Para Sahabat KLFM. Masjid As Sahabah dinamakan jika tak silap saya atas persahabatan dua negara (Malaysia & Bosnia) dan juga atas berkat derma para SAHABAT KLFM

Disini saya ingin merakamkan setinggi tahniah kepada Ustaz Wan Shohor Bani Leman, Tuan Haji Manan Selamat serta Crew Radio KLFM dan tak lupa juga kepada seluruh warga SAHABAT KLFM yang menjayakan Program Derma Masjid sehingga terbinanya Masjid As Sahabah ini. Kepada Muslimin & Muslimat yang ini turut serta menyumbang, rebutlah peluang ini. Program ini merupakan Saham di Akhirat nanti, Insya'Allah.

Laman Sesawang : http://dermamasjid.blogspot.com/
No Akaun : 5140 6605 4194 (Maybank )
Penama : Wan Shohor bani Leman

------------------------------------------------------------------------------------------
Wednesday, July 30, 2008 Derma Untuk Masjid Di Bosnia.

"Assalamulaikum terima kasih atas bantuan ini Allhamdulillah no akaun maybank 5140 6605 4194. gambar masjid lama/tua yang berusia lebih dr 300 tahun, bahkan ada org2 tua tempatan kata lebih 500 tahun. masjid ini akan kekal sebagai bahan sejarah dan akan dibina berhampirannya masjid baru bernilai tak lebih 150 ribu Marka bosnia...kira-kira 75ribu euro. Mudah2an ALLAH berkati dan permudahkan urusan kita ini. MASJID AS SAHABAT insyaAllah." - Wan Shohor Bani bin Leman.

Sunday, December 28, 2008; Imej Lakaran grafik komputer Masjid As Shabah Bosnia yang sedang dalam pembinaan.

Saturday, May 16, 2009; Gambar di majlis perletakan Batu Asas Masjid As Sahabah, Bosnia. Majlis disempurnakan oleh YB. Tuan Ambasador Malaysia ke Bosnia En Zuladnan.

Friday, June 12, 2009; Pembinaan Masjid As Sahabah semakin rancak. Gambaran terbaru dari Bosnia.



Ustaz Wan Sohor turut serta dalam kerja-kerja meratakan tanah disekitar Tapak Masjid.