Seperti biasa, Arundina graminifolium melambai-lambai mesra disepanjang perjalanan menuju ke CH dari Simpang Pulai. Sempat singgah sekejap ambil gambar di Pos Raya ambil gambar pokok Arundina secara dekat. Wahhh..., ada pokok periuk kera dari keluarga nepenthes mirabilis type red.


Setiba di hotel, sempat snap gambar Lily dari jenis Suasa Gangsa mengikut bahasa tempatan.


African lily.

Lily orange ini amat menarik hati, Malangnya amat sukar tumbuh di tanah rendah. Habis daunnya terbakar.

Petang-petang begini ambil keputusan untuk bersantai di tepian Hutan Lipur Parit Fall. Jalan punya jalan sambil mata liar memerhati pokok-pokok, terlihat orkid spesis yang sedang berbunga diatas pokok.

Parit Fall yang dikatakan itu.

Orkid yang sedang berbunga yang tidak dikenal pasti. Kemungkinan dari jenis Dendrobium atau Appendiculata.

Hoya berdaun merah. Mungkin faktur cuaca/suhu yang menyebabkan daunnya berwarna merah.

Bunga berbentuk corong ini tumbuh ditepi tebing sungai.

Bulbophyllum miniture ini tumbuh dipangkal pokok besar. Faktur kelembapan membuatkan orkid ini tidak perlu bulb/ubi.

Anak-anak pokok orkid yang tumbuh diatas batu.


Bulbophyllum

Hoya miniture.

Satu keluarga Heliconia dari genera Strelitzia reginae (Crane Flower, Geelpie Sang atau Bird of Paradise) ditanam di tepi tandas awam tanpa penjagaan.

Adakah ini Ghost Orchid atau kulat?

Cymbidium NoID, serumpun didahan yang terjuntai tepi parit.


Gonggok liar sedang berpacaran, mengakhiri trip berjalan kaki ditepian Hutan Lipur Parit Fall.

Heliconia Strelitzia reginae (Bird of Paradise) ditanam diperkarangan salah sebuah Hotel yang baru beroperasi kurang dari sebulan.



Makan malam disekitar Tanah Rata, Lihatlah Cymbidium (Plastik) banyak dijual disini.

Heliconia sp. unknown ID bersaiz kecil kurang dari 1 kaki dan berbunga agak besar juga.


_____________________________________________________________
01hb Jun 2009, Selepas sarapan cabut ke Brinchang market. Cymbidium ni menyambut mesra kehadiranku. Harga jangan tanya la..., bagi mereka yg kayo-kayo jer mampu beli. Bagi yang sengkek-sengkek tu ambil gambo jer lah yang mampu.

Serumpun orkid NoID didahan pada anggaran ketinggian 15 kaki tinggi sedang berbunga.

Orkid ini pula pada anggaran ketinggian 8 kaki tinggi.

Pokok orkid dari jenis Eria sp. yang tumbuh kurang dari 1 kaki dari tanah sekitar ladang Teh Cameron Valley.


Heliconia Strelitzia reginae (Bird of Paradise) ditanam tepi lereng bukit dalamsalah sebuah pusat jualan bunga disini.

Rimbunan bunga yang ditanam sebegini rupa, sungguh indah.


Lumut ini dijual RM5.00 sahaja.

Bonsai

Ni yang lemah ni, kalau dah jumpa yang berkenan dihati. Koleksi replika orkid-orkid mini ini dijual RM6 per unit. Di Shah Alam pernah dijual dengan harga yang tinggi.



Petang-petang ni, sambil bersantai ditepian sungai terlihat kelibat pokok yang penuh dengan tumbuhan tumpang antaranya pokok sarang semut ini.

Orkid NoID.

Orkid NoID.

Yang panjang tu mungkin Orkid Dendrobium.

Pokok berdaun merah tu pokok lipstik.

Orkid NoID.


Bulbophyllum apudom

Pada pandangan pertama ingatkan Dendrobium. Pandang 2, 3 kali Eria sp.


Orkid NoID.

Dendrobium sp.

Trixspermum sp.

Lepas cuci mata di lokasi insitu, jenjalan lak dekat Strawberry Park Resort. Tak dapat menginap, tengok bumbungpun jadi la.. kui kui kui.... antara pokok orkid yang banyak ditanam disini.

Serumpun African Lily yang penuh dengan seedpot.

Pokok akhir bagi petang 01hb Jun 2009 yang banyak ditanam disini adalah pokok Janggut Adam atau pokok Belimbing Tanah. (Tacca sp. - Bat Flower, Bat Plant)


_____________________________________________________________
02hb Jun 2009, Hari akhir menginap disini. Tertarik dengan kulit depan majalah ASTRO ni. Memaparkan gambar salah satu famili Heliconia atau Bird Of Paradise. Sebelom balik sempat shopping didetik-detik akhir.

Seedpot lily orange.


Beli 2 jenis Heliconia dari genera Strelitzia reginae (Crane Flower, Geelpie Sang atau Bird of Paradise). 1 tulang belakang daunnya berwarna hijau, RM65 ada 2 spike bunga dan 1 lagi tulang belakang daunnya berwarna pink, RM35.


Lama dah berkenankan Lily ini, RM10.


Yang ni, lu fikir lah sendiri.

Baby lily ni cabut dari pasu heliconia diatas.

Hoya NoID ni, rupa bentuk seperti cengkerang kura-kura.

Haaa..., ini lah yang dikatakan BUY 1 GET 3 FREE. mana taknya. Beli Heliconia dapat 1 ekor Lintah Bulan dan 2 ekor siput. Lintah Bulan tu bukan main laju larinya.



No comments:
Post a Comment