Sabtu 29hb Ogos 2009; tak banyak aktiviti yang dilakukan selain membelek-belek pokok-pokok orkid di laman sekangkang kera. Pokok ni diterima dari Bro. Pdox kalau tak silap pada bulan March 2009. Alhamdulillah, setelah dijaga, dibelai dan dimanja berbunga pula ia. Setakat ini menampakkan 2 sulur tangkai bunga yang baru keluar. Tidak diketahuilah pula Bulbophyllum dari jenis apa, samada Bulbophyllum echinolabium ke? Bulbophyllum carunculatum ke? atau Bulbophyllum mandibulare ke? ini kerana pokok ketiga-tiga jenis ni hampir-hampir sama.
Kanan
Kiri
No comments:
Post a Comment