Cuti Deepavali baru-baru ini, adik Orkidla balik ke Kampung melawat keluarga tercinta. Sempat la dia snap beberapa keping gambar orkid yang sedang mekar dilaman rumah. Diantaranya Cymbidium ini. Seingat Orkidla, beli Cymbidium ni dari Orang Asal di Tanah Tinggi CH awal tahun 2009. Dari setup pokoknya Orkidla tahu ianya mesti Cymbidium chloranthum.
Oncidium Hybrid ni dah tak ingat nama sebenarnya, dapa suatu ketika dahulu ianya diantara orkid yang liat untuk berbunga. tapi kini rajin pula ia berbunga.
Dendrobium purpureum "Alba"ni masih mekar berbunga dari sebelom Syawal hingga kini.
Terkini, kerja-kerja menaik-taraf reban orkid di Kampong Orkidla sedang giat dijalankan. Buat masa ini, 6 batang tiang 12 kaki telahpun didirikan. Selepas ini rak/para akan disusun mengikut setup sesebuah Nurseri orkid dan tak lupa juga nak kena pasang pagar, takut-takut traktor 4 kaki masuk habis pokok-pokok kena sondol. Emm... berapa banyak lagi RM yang hendak dikeluarkan kali ini.
No comments:
Post a Comment