FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Monday, March 22, 2010

Cuti Persekolah Penggal Pertama 2010.

Cuti Sekolah baru-baru ni dihabiskan ke Selatan Tanah Air (Johor Darul Takzim). Tiada cerita Orkid kecuali cerita keluarga. Tujuan asal mengiringi majlis pertunangan Adik Sepupu di Pasir Gudang. Sebelom ke Pasir Gudang, Singgah ke Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram melawat Nenek. Bonda dan Ayahda sangat gembira dapat berjumpa Nenek.

Ini rumah penginapan Orkidla di Pasir Gudang sepanjang majlis pertunangan berlangsong.

Kaum Ibu sibuk menyediakan gubahan-gubahan hantaran.


Dah siap, ambil masa 2 hari nak siapkan..huhuhu

Selamat Bertunang Azim & Nona.

Sebelom bergerak ke destinasi majlis.


Sessi menyarung cincin merisik serta cincin bertunang.

Bonda Orkidla (Kiri) bergambar dengan Nona (Tunang Azim) serta Wan Chu (Bonda Azim)




Gubahan dari pihak perempuan bertukar tangan.

Pak Chu, Wan Chu berserta anak beranak bergambar dengan Tunang Azim, Nona.

Sebelom pulang ke KL, sempat singgah ke Kulai Jaya melawat Kakak Sepupu yang baru melangsungkan majlis pernikahan anaknya (Anak Saudara Orkidla) dengan orang Semabuk, Melaka. Kepada Shaiful (Anak Saudara Orkidla) Moga berkekalan hingga akhirnya. Penatnya Tuhan ajer yang tahu, mahu seminggu dua tak hilang penatnya. Banyak hari di Johor, 1 tempat tak sempat nak pergi Masai, Johor. Jika sempat pergi Masai, agak-agaknya mahu berbakul Orkidla bawa balik orkid. Hehehe

2 comments:

hadri said...

salam.en.saiful sy ad soalan berkenaan dengan pkok catasetum.sy sdah mnjaga pkok ni slame lbh krg 8 bln(bli dfloria dgn en.saiful jgak la).kmudian sy kklkn mdium moss tu n tmbh ngn arang.ltak dbawah mtahari 80%.hdup sbur shingga awal thn ini (krn cuaca trlalu panas dn sy tdak mltakny dbwh tduhan).dauny mnjadi kring,tp tingal dbahagian pcuk shj.2 pon sparuh hjau sparuh kring.sy mngalihkn ktempat lbh redup.kmdianny tkarkan mdium kpd akar pkok langsuyar(ala2 btg pakis la) krn mngantikan moss.sy buang smua moss dn arang dan masukn catasetum tu dgn akar2 skali kdlm pasu kayu beronga dgn medium akar lagnsuyar itu.sy ltak dtmpat rdup 50% chy.then,truz dlm sminggu pcuk td brtukar spnhny coklat,tp still x gugur lg.jd adakah catasetum sy ok..atau ap yg prlu sy buat..tlgla bntu sy..trima kash sgt2.

Orkid La said...

Wslm Saudara Hadri, Jangan risau. Catasetum tu akan gugur juga daunnya jika tidak kerana keadaan cuaca panas tak menentu macam sekarang ni. Situasi ini dipanggil REST PERIOD bagi pokok Catasetum tersebut. Apa yang perlu saudara buat, Kekalkan kelembapan pada media tanaman. Hentikan penggunaan baja sehingga Anak baru akan keluar, Insyaallah. Harap dapat membantu. Jika perlu hibungi saya melalui email bluehippo2020@yahoo.com atau Yahoo Msgr. bluehippo2020. TQ