FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Wednesday, July 14, 2010

Petua I

Orkid pada umumnya pernah dikatakan sukar untuk ditanam dan juga mahal. Pada hakikatnya ini tidak benar sama sekali. Artikel ini ditujukan buat panduan kepada mereka yang ingin memulakan hobi yang sungguh menakjubkan ini.
Apabila menanam Orkid, jangan sekali-kali menutup akar-akar dengan arang atau batu-bata diatasnya lalu menyerahkan pada kuasa alam untuk ianya hidup. Tindakkan ini akan mengakibatkan pokok orkid akan mati dengan cepat.

Cara yang terbaik ialah dengan memastikan kebersihan akar-akar orkid terlebih dahulu. Potong mana-mana akar yang telah mati atau kering. Letakkan campuran arang dan batu-bata didalam pasu dan kemudian diletakkan pokok diatasnya.

"JANGAN DILITUPI AKAR ORKID TERSEBUT."

Siram orkid tersebut 2 kali sehari serta baja seminggu sekali. Jika ingin menggunakan racun serangga atau racun kulat sila dapatkan khidmat nasihat pakar tentang penggunaan racun tersebut.

Sehingga bertemu kembali dengan Petua yang lain.

Sekian, Terima Kasih.

2 comments:

it's us.. said...

En Saiful,
saya ada induk catt yg dah lama tak nampak akar baru. akar lama/mati tu boleh buang semua ker? ada kemungkinan catt tu boleh survive?

Orkid La said...

Buat Puan/Cik it's us, Boleh hidup. buangkan kesemua akar yg rosak itu. jika perlu dipotong-potong Cattleya itu kepada beberapa keratan. Minima 1 keratan mempunyai 3 batang pokok. Contoh jika pokok mempunya 7 batang, dikerat 2 (1 keratan 3 batang & 1 lagi 4 batang) Kemudian letakkan ke dalam pasu Clay(guna teknik petua I). Siram 2 kali sehari. pantau perkembangan akar. TQ