FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Tuesday, May 31, 2011

Segamat - Balik Bercuti.

Antara bunga yang rajin menyambut kepulangan Orkidla di Segamat.


Di Akhir Bulan Mei 2011.

Bulbophyllum annandalei


Dendrobium Mini.

Dendrobium chrysotoxum (Spike ke-2)


Rodriguezia NoID.

Menurut kata nyonya nurseri, tangkai lama jangan dipotong. Nanti akan keluar tangkai baru. Yer la, keluar tangkai baru. Lihat spike yang dibelakang tu. 2 tangkai berbunga tu tangkai baru.

Cymbidium bicolor ni pasu yang kedua dari 3 pasu... nanti dah kembang elok Orkidla akan add gambarnya.

Datok Presiden KASA.

YB Datok Anuar Basha Presiden Kelab Anggerik Shah Alam dengan koleksi setem orkidnya.

Tuesday, May 24, 2011

Keluarga Cattleya

Ada beberapa soalan tentang orkid Cattleya dan keluarga. Keluarga Cattleya adalah kelompok yang sangat besar ditanam di kawasan rumah .Cattleya hybrid sangat komplek serta unik. Intergenerik nama-nama yang tidak mungkin mengandungi "catt" atau "cattleya" orkidla terpanggil untuk berkongsi maklumat berguna ini untuk semua.

Genus termasuk dalam keluarga Cattleya
Brassavolae
Broughtonia
Cattleya (naturally)
Caularthron (formerly Diacrum)
Dimeranda
Dinema
Encyclia
Epidendrum
Guaranthe
Laelia
Leptotes
Myrmecophila (formerly Schomburgkia)
Nidema
Prosthecea (formerly the cockle-shell encyclias)
Rhyncholaelia
Sophronitella
Sophronites
Tetramicra

...dan mungkin banyak lagi yang Orkidla tercicir.

Nama Intergenerik termasuk dalam keluarga Cattleya
Brasophranthe (Brassavolae x Sophronites x Guaranthe)
Brassanthe
Brassocattleya
Brassoepidendrum
Brassolaeliocattleya
Brassophronitis
Cattilanthe
Cattleytonia
Cookara (Broughtonia x Cattleya x Caularthron x Laelia)
Epicattleya
Epilaelia
Fujiwarara (Brassavola x Cattleya x Laelia
Guaricattonia
Guaricyclia
Guaridendrum
Guarisophleya
Guaritonia
Hasegawaara (Brassavola x Broughtonia x Cattleya x Laelia x Sophronitis
Hawkinsara (Broughtonia x Cattleya x Laelia x Sophronitis
Iwanagara
Iwanagara (Brassavola x Cattleya x Diacrium x Laelia
Kirchara (Cattleya x Epidendrum x Laelia x Sophronitis
Laelianthe
Laeliocatonia (Broughtonia x Cattleya x Laelia
Laeliocattleya
Leonara
Otaara (Brassavola x Broughtonia x Cattleya x Laelia
Panczakara (Brassavola x Epidendrum x Laelia x Sophronitis
Potinara (Brassavola x Cattleya x Laelia x Sophronitis
Rolfeara (Brassavola x Cattleya x Sophronitis
Sophranthe
Sophrocattleya
Sophrolaelia
Sophrolaeliocattleya
Sophrolaeliocattleya
Thwaitesara (Rhyncolaelia x Cattleya x Sophronites x Guaranthe)
Yamadara (Brassavola x Cattleya x Epidendrum x Laelia

Orkidla rasa mungkin ada banyak lagi yang tidak tersenarai. Selamat Belajar....

Thursday, May 19, 2011

Cattleya lueddemanniana var. coerulea

Koleksi terbaru Orkidla adalah Cattleya yang berasal dari Venezuela. Dikatakan bunga berbau harum yang sangat kuat.
Cattleya lueddemanniana var. coerulea

Gambar keseluruhan pokok serta bunga.

Panas Berganti Hujan

Cymbidium bicolor, 2 dari 3 pasu sedang berbunga. Kesemuanya untuk dijual. Jika berminat sila hubungi Email Orkidla

Gambar sekuntum bunga Cymbidium bicolor dari jarak dekat.

Gambar sejambak bunga

Dendrobium chrysotoxum

Tidak ketinggalan juga ada 1 pokok Hoya yang sedang mekar ditaman ofis Orkidla.

Thursday, May 12, 2011

Pisang Merah & Kuning

Sebelom

Selepas

Lips close-up

Sebelom

Selepas

Lips close-up

Wednesday, May 11, 2011

Buku Teknik Menanam & Menjaga Orkid - Khairi Nordin

Semalam mesyuarat ahli lembaga pengarah B'Green, dapat buku yang ditulis oleh Khairi Nordin terbitan Alaf 21. Banyak juga ilmu yang diturunkan ke dalam buku ini.

Didalamnya terdapat 15 bab-bab yang menarik antaranya Sejarah Orkid, Jenis-jenis Orkid, Teknik jagaan dan lain-lain lagi. Termasuk juga 1 bab Bonus - Vanilla Malaysia, benarkah memberi pulangan lumayan? Gambar-gambar bunga orkid yang menarik disertakan dengan nama jenis seperti Cattleya, Dendrobium serta Bulbophyllum.

Didalam buku ini juga ada dimuatkan jenis-jenis penyakit yang sering berlaku pada orkid serta teknik pencegahan dan rawatan.Bagi peminat orkid baru atau lama amat disarankan memiliki buku ini. (Jangan lupa simpan resit pembelian - LHDN) Tak mahal RM21.00 sahaja jika dibandingkan dengan buku-buku orkid lain yang berada dipasaran. (B'Green akan menjual buku ini dilokasi-lokasi jualan seperti Floria serta Pesta-pesta Anggerik) Bagi yang ingin memiliki terus dari penulis sila email Penulis Khairi Nordin di khairimhd@yahoo.com.sg

Serba ringkas dari saya, Orkidla. Selamat memilikinya.

Monday, May 9, 2011

Hujung Minggu Yang Panas.

Cuti hujung minggu tidak kemana-mana. Aktiviti terbaik siram pokok-pokok orkid sambil belek-belek dan intai-intai manalah tahu ada yang nak berbunga lagi. Orkid mini dibawah ni Orkidla tanam pada tunggul kayu dan diletakkan pada 100% Morning Sun.




Beberapa minggu yang lalu beli Bulbo. sp. MERAH dalam 2 pokok. Tetapi malangnya hanya 1 sahaja berwarna MERAH, 1 lagi macam biasa sahaja. Dikatakan Bulbo. lepidum var. Red. Hanya menunggu masa untuk kembang sepenuhnya, Sabar menanti....

Friday, May 6, 2011

Terkini

Orkid ni baru sampai dari Labis Segamat. Kiri Bulbo sp. dan kanan daun hijau tua Pholidota sp. Terima kasih Laura Mazlin.

Antara yang masih berbunga diperkarangan pejabat Orkidla.

Thursday, May 5, 2011

Angkara Siapakah ini?

Phalaenopsis cornu-cervi var. "Red".

Sehari selepas ambil pokok ni (2/5/11), terperasan bunganya dimakan oleh serangga. Hati tertanya-tanya siapa punya angkara sungguh kurang sopan menggoda bunga orkidla yang cun melecun ni. Semalam (4/5/11) ketika nak siram baru nampak si durjana tu keluar tengah sedap landing atas daun pokok ni. Oooo... ini dia yer.. Siap nko.
Lintah Bulan

Wednesday, May 4, 2011

Khabaran Dari Kampung.

Beberapa Orkid yang sedang dan akan berbunga di Kampung halaman Orkidla. Gambar ini dikirim oleh adik Orkidla.
Cattleya ini menjadi habuan si Lintah bulan.

Tidak ketinggalan Cymcidium Golden Elf ini.

Dendrobium bracteosum var tanii

Dendrobium sanguinolentum


Oncidium family & Phal. cornu-cervi.

Phal. cornu-cervi.


Phal. bellina


Phal. violacea var. Perak.

Phal. violacea maybe Hybrid.

Vanda tessellata var. alba

NoID.