FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Wednesday, May 11, 2011

Buku Teknik Menanam & Menjaga Orkid - Khairi Nordin

Semalam mesyuarat ahli lembaga pengarah B'Green, dapat buku yang ditulis oleh Khairi Nordin terbitan Alaf 21. Banyak juga ilmu yang diturunkan ke dalam buku ini.

Didalamnya terdapat 15 bab-bab yang menarik antaranya Sejarah Orkid, Jenis-jenis Orkid, Teknik jagaan dan lain-lain lagi. Termasuk juga 1 bab Bonus - Vanilla Malaysia, benarkah memberi pulangan lumayan? Gambar-gambar bunga orkid yang menarik disertakan dengan nama jenis seperti Cattleya, Dendrobium serta Bulbophyllum.

Didalam buku ini juga ada dimuatkan jenis-jenis penyakit yang sering berlaku pada orkid serta teknik pencegahan dan rawatan.Bagi peminat orkid baru atau lama amat disarankan memiliki buku ini. (Jangan lupa simpan resit pembelian - LHDN) Tak mahal RM21.00 sahaja jika dibandingkan dengan buku-buku orkid lain yang berada dipasaran. (B'Green akan menjual buku ini dilokasi-lokasi jualan seperti Floria serta Pesta-pesta Anggerik) Bagi yang ingin memiliki terus dari penulis sila email Penulis Khairi Nordin di khairimhd@yahoo.com.sg

Serba ringkas dari saya, Orkidla. Selamat memilikinya.