FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Tuesday, May 29, 2012

Terjahan "OT"ai Orkid.....

Beberapa minggu yang lalu seorang "OT"ai orkid telah menerjah datang ke kampung Orkidla. Pada mulanya terpinga-pingalah kedua orang tua Orkidla. Dengan sekali teka sahaja Bonda Orkidla telah dapat posmotem siapa gerangan Tetamu ini....

Sabtu yang lalu Orkidla berkesempatan balik ke kampung melawat Ayah dan Bonda, sebaik sahaja turun dari kereta, Bonda Orkidla terus menunjukkan pokok mana yang menjadi keinginan "OT"ai nih.. Ada 3 jenis pokoknyer.. tapi teman rase due jer boleh beri...

Paphiopedilum rothschildianum - Jenis ini ramai yang berkenan ni. Huhuhu... sayang nak potong. 3 bulan lalu dah potong 1, aleh-aleh dapat tahu pokok tu dah mati. Emm.. susahkan, nak tanam tapi tak mahu nak belajar bagaimana nak jaga pokok ini. Nyesalpun ada...huhuhu... Dibawah ini Orkidla sertakan pautan untuk mengenal secara ringkas tentang orkid Paphiopedilum rothschildianum ini http://www.orchidspecies.com/paphrothchildianum.htm
Angraecum eburneum - Orkid ini pada awalnya besa, entah kenapa mengecil jadinya. Maaf tuan tidak dapat dilepaskan. 
Dendrobium chrysotoxum - Pokok ini menjadi tarikkan "OT"ai orkid atas sebab Pseudobulb/batang pokoknya yang gemuk. Pokok ini biasa sahaja, Lama kelamaan akan menjadi ke bentuk asal semula. Lihat gambar contoh dibawah.. Bunga macam biasa sahaja.
 

No comments: