FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Sunday, September 23, 2012

Berdandut Lagi D'Timur Jauh II.

Selepas mencuci mata, tibalah masa untuk bawa pulang koleksi simpanan sendiri.Aerides NoID ini dibeli dengan harga RM45 sangat menarik mata memandangan.
Manakala Bulbophyllum arfakianum ini pula dibeli mengikut harga ubi. 1 ubi dijual dengan harga RM50. Jadi sendiri kiralah..... 
Yang ini bahagian yang paling menarik, iaitu Orkidla diberi secara percuma beberapa Bulbophyllum dari jenis Cirrhopetalum atau ada yang panggil jenis payung atau pisang. Cuma gambar tidak dapat dibekalkan untuk menjaga kepentingan pemilik asal pokok ini. Oleh kerana sumber pokok ini terlalu mahal kata pemiliknya, beliau dapat beri 2 ubi sahaja kepada Orkidla. Bak kata orang dulu-dulu, rezeki jangan ditolak. Kecil tapak tangan bonet Proton Exora hamba bukakan. Hahahaha... Terima kasih Brother.
Species 1, dikatakan full umbrella.
Species 2, yang ini tangkai bunganya hampir 1 kaki panjang.
Species 3, berdaun hijau kemerahan. Masih keliru samada ianya Bulbophyllum weberi atau Bulbophyllum baucoense
Species 4, yang ini katanya dapat percuma. Jadi dia boleh kasi banyak kepada Orkidla.
Species 5,yang ini tidak dapat dikesan IDnya serta tiada apa-apa maklumat.
Anak Adenium bonsai dari jenis Arabicum ini diberi juga kepada Orkidla secara FOC. Daunnya agak unik sedikit, setahu Orkidla daun Adenium licin sedikit serta berkilat tetapi jenis ini daunnya berbulu-bulu.

Bulbophyllum tingabarinum

Bulbophyllum tingabarinum Garay, Hamer & Siegrist 1994 SECTION Cirrhopetaloides Garay, Hamer, Siegerist 1994. Found in Laos, Vietnam and Cambodia. Flower Size 3 to 4" [7.5 to 10 cm] long.

Flower
Plant + Flower
Flower Close-up.

Cuci Mata Selepas Raya.