FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Wednesday, September 19, 2012

Lama Dah Tunggu

Alkisah pokok orkid ini Orkidla beli dekat-dekat 3 tahun kot atau lebih, bukan lupa tapi tak ingat. Dari 3, 4 ubi kini dah berubi-ubi. Yang hairannya pokok kawan-kawan kecil-kecil sudah berbunga, yang diri sendiri punya tidak juga hendak berbunga. Nak kata tidak berbaja dah bergelen-gelen baja cecair dah sembur, dah bergantang-gantang baja serbuk dah tabur. Tidak menampakkan tanda-tanda hendak berbunga.
Semalam terlintas difikiran nak sembur Neem sebab tak berapa sihat pokok orkid ni. Penuh dengan penyakit Teritip (scale insects). Semasa semburan bancuhan Neem dibuat terperasaan la pula 1 tunas baru, mula-mula ingat keiki/anak tetapi gemuk bersampullah pula. Haaa... sah kudup bunga. Alhamdulillah, berbunga akhirnya.

3 comments:

Helmy Anuar said...

salam,Cymbidium jenis apa ek?bro saiful..

Orkid La said...

Salam Bro Helmy, Cymbidium dayanum var. Alba


Boleh rujuk dalam link ini

http://www.orchidspecies.com/orphotdir/cymdayanumvaralbum.jpg

Helmy Anuar said...

oh,ok t.k info