FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Monday, December 7, 2009

Festival Anggerik ke-16 Tarik Minat Penggemar Orkid Seluruh Negara.

Selangor Kini Online

Festival Anggerik ke-16 Tarik Minat Penggemar Orkid Seluruh Negara

Jumaat, 04 Disember 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 4 Dis. - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Kelab Anggerik Shah Alam menganjurkan Festival Anggerik Shah Alam ke-16 bermula hari ini hingga Ahad ini.

Festival berkenaan dianjurkan bertujuan mempromosikan bunga anggerik kepada masyarakat umum selari dengan gelaran Shah Alam sebagai bandar Anggerik.

Aktiviti tahunan MBSA yang diadakan di Shah Alam City Centre (SACC) Mall ini juga dilihat mampu mengumpul peminat anggerik dari seluruh negara.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata usaha MBSA ini perlu dijadikan contoh kepada badan bukan kerajaan (NGO) dalam memartabatkan Shah Alam sebagai Bandar Anggerik

“Saya percaya dan yakin bahawa kesungguhan dan komitmen daripada MBSA untuk menganjurkan Festival Anggerik ini setiap tahun memberi impak yang positif pada bandaraya Shah Alam yang indah dan permai sekaligus mengangkat martabat dan mempromikan bunga anggerik kepada orang ramai khususnya warga Shah Alam,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan festival berkenaan.

Turut hadir Pengerusi Kelab Anggerik Shah Alam, Datuk Anuar Bashah Mohd Sohore.

Dalam festival ini pelbagai spesis, pokok dan hybrid anggerik dipamerkan dan sebahagiannya dijual kepada pengunjung.

Selain itu terdapat pelbagai aktiviti sepanjang festival ini berlangsung antaranya pertandingan anggerik individu, demonstrasi penjagaan anggerik, pameran setem anggerik dan juga jualan anggerik serta barangan cenderahati bermotifkan anggerik.

Penyertaan secara menyeluruh dan kolektif daripada semua pihak untuk menjadikan bunga anggerik sebagai hiasan dan landskap di premis atau rumah kediaman dapat menyerikan panorama dan keindahan di bandar raya Shah Alam.

Rata-rata pengunjung yang ditemui pada festival pagi ini terdiri daripada pengemar bunga Anggerik yang telah mengumpul lebih sepuluh jenis bunga Anggerik.

Mereka yang berkunjung hari ini juga berharap agar festival seperti ini menjadi acara tahunan negeri Selangor.

“Festival ini bertujuan mengenalkan orkid dan mengalakan orang ramai bertanding. Dari minat boleh mendapatkan hasil melalui pertandingan dan orang boleh membeli baja daripada pertandingan atau bunga,” kata Muzafar Sham Muhammad.

“Memang bagus kebanyakan di bandar-bandar besar, bandar-bandar kecil kita ada peminat,” kata Nor Aida Sar Khan.

No comments: