FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Monday, November 28, 2011

Catasetum.

Di awal cuti persekolahan tempohari, Orkidla sempatlah membuat kerja-kerja kemasan pada pokok Catasetum. Batang pokok Catasetum ini diambil dan diletakkan kedalam pasu tanah liat (Clay pot) agar anak pokok baru tumbuh dan apabila sudah berakar barulah ditanam dalam pasu ataupun pada keratan kayu.
Lihatlah apa yang berlaku, bukannya anak pokok yang keluar tetapi spike bunga yang terhasil. Ini berlaku sekali-sekala, terpulang pada anda untuk membiarkan tangkai bunga ini terus menguntumkan bunganya atau memotongkannya. Bagi menghasilkan anak pokok, anda dinasihatkan memotong tangkai bunga ini.
Dalam kes ini, Orkidla biarkan ianya berbunga sebabnya nak kenal pasti dari jenis apakah pokok Catasetum ini. Good Luck.

5 comments:

aniras said...

bestnye spike yg keluar...macam dapat bonus

Makarimi Abdullah said...

Tak stress ker pokok ni...risau takut mati saja ;(

Orkid La said...

Thanks aniras & Tuan Makarimi,
Tu yang risau juga nih....
tetapi akar baru keluar dengan banyaknya. tu yang membuatkan saya mengambil keputusan nak stay jer.

Makarimi Abdullah said...

Ooo begitu...semoga berjaya ;-)

aniras said...

sifu jangan lupa update kisah catasetum ni..menarik nk follow...nk tahu kesudahannya berjaya berbunga or sebaliknya..