FASA 20
Mutiara Kata
Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita.
Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.
Aktiviti Luar & Dalam Negeri.
-------------------- Salam Sejahtera --------------------
-------------------- Salam Sejahtera --------------------
Friday, April 20, 2012
Habis Malas Dah Ni....
Orkid kali ini tidaklah mengancam sangat. Terutama sekali orkid Dendrobium Inobi Splash
ini tidak tahulah kenapa ianya terlalu lama memendam rasa. Semenjak
dari tahun 2010 hingga sekarang baru nak berbunga. Itupun hanya sekadar
sekuntum sahaja bunganya. Dibeli keratan 3 batang bernilai RM45, kini
baru mempunyai 5 batang tua dan 1 keiki baru.
Berlainan pula kisah dua Cik Bell ni (Phalaenopsis bellina),
semenjak Festival Anggerik Shah Alam 2011 hingga kini tak berhenti
mekar berbunga. Bermula bertakteh dari sekuntum kini belajar
mengeluarkan beberapa kuntum. Terima kasih kepada Tuan Haji Suhaimi
diatas pemberian ini.
Ini
pula kisah Dendrobium species dari Sumatra Barat. Semenjak Orkidla
perolehi dari sahabat (Terima kasih Mr. Dan) 18hb Feb. 2012 hingga kini
sudah 3 kali berbunga. Anggerik ini dikatakan sama seperti anggerik dari
Negara Gajah Putih iaitu Dendrobium cruentum. Yang membedakan anggerik
ini dengan Dendrobium cruentum adalah lidahnya yang bergulung\lipat
sedikit ke dalam. Para sahabat dari Seberang Malaysia berjaya menemui ID
Dendrobium ini, iaitu Dendrobium igneoniveum J.J.Sm., 1927. Tahniah buat teman-teman disana.
Ini kisah akhir, tetapi bukan penamat. Ada lagi diposting yang akan datang. Orkid dibawah boleh dikatakan Raja Vanda, iaitu Vandopsis gigantea.
termasuk yang ini Orkidla sudah ada 4 pokok. Cuma yang ini agak besar
sedikit berbanding yang sebelumnya. Daun sahaja menghampiri 1 meter atau
3 kaki. Seingat Orkidla, dah lama order orkid ini (beberapa bulan lepas
dalam tahun 2011) Memandangkan pokok ini terlalu besar proses
penghantarannya tergantung. Nasib baik Sifu Khairi ada tugas di sebelah
Utara Tanah Air maka ianya selamat tiba ditangan Orkidla. Terima kasih
Sifu Khairi dan tak lupa juga terima kasih Sifu Zulkifli Md Isa. Itu
sahaja celoteh dari Orkidla, sehingga ketemu lagi dilain posting.
Assalammualaikom & Salam Sejahtera.
Monday, April 9, 2012
Jalan-Jalan....
Hari sabtu yang lepas Orkidla pergi melawat sahabat di Ulu Kelang, sambil nak minta sedikit nasihat tentang penyakit pokok orkid. Sambil tu sempatlah juga mengambil gambar-gambar bunga orkid yang sedang mekar ditaman. Seperti biasa Arundina mengamit pandangan mata. Ditanam didalam pasu besar dan diletakkan dikawasan 100% tanpa lindungan cahaya matahari. Harap rakan-rakan terhibur dengan gambar-gambar orkid ini. Terima kasih.
Bulbo. falcatum
Bulbo. granduliflorum
Bulbo.sp.
Bulbo.lemniscatoides
Bulbo.refractilingue
Bulbo.unitubum
Trias intermedia
Brassavola nodosa
Cattleya skinneri
Cattleya schilleriana
Hybrid
Den. phalaenopsis var. 1
Den. phalaenopsis var.2
Dor. Purple Gems
Trilips Phal.
Hybrid
Spathoglottis plicata var. 1
Spathoglottis plicata var. 2
Thecostele alata
Vanda coerulea
Lipstick Plant
LAMANYA
Setelah hampir 2 ke 3 bulan berpuasa memborong, akhirnya tak tertahan juga. 1 pasupun jadilah. Nak ambil gambar jer tetiba bateri kamera kaputlah pula. Hanya sempat ambil 2 keping menggunakan kamera......
Lagi tiga gambar dibawah hanya menggunakan kamera H/Phone sahaja..
Subscribe to:
Posts (Atom)