FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Sunday, November 25, 2012

Antitranspirant

Satu hari Orkidla pergi melawat seorang sahabat. Orkidla ada menyatakan kerisauan Orkidla untuk meninggalkan pokok orkid Orkidla terutama Bulbophyllum lebih dari seminggu. Sahabat ni ada mencadangkan Orkidla menggunakan sejenis bahan yang dipanggil "Antitranspirant".

Apa tuuu...

Sahabat Orkidla ni pun menerangkan serba sedikit fungsi bahan ini. Ianya dapat membantu mengurangkan/melambatkan proses hidrasi pada pokok. Menurut beliau terdapat 2 jenis "Antitranspirant", dari jenis tumbuhan dan lagi satu chemical. Nasihat beliau guna jenis pertama kerana yg kedua tu akan membunuh pokok.

Ohhh... macam itu.

Sahabat Orkidla ni kata harga bahan ini sangat mahal boleh mencecah ratusan USD. Beliau menggunakan bahan ini pada pokok orkid jika ada Orchid show di luar negara. Di Jepun kalau tidak silap penggunaan bahan ini boleh dikatakan tidak sah penyertaan boleh dibatalkan, tetapi di negara lain dibenarkan memandangkan ianya bersifat sementara.

Cara penggunaan ambil sedikit (kurang dari setitik) dilarutkan dalam 1 liter air dan disembur keseluruhan pokok. AWAS!! Jangan sembur pada tangkai baru berbunga kerana ia akan bantutkan bunga tersebut. Bunga sudah kembang boleh.

Sebelum pulang Orkidla dibekalkan sedikit bahan "Antitranspirant" ni. Terima kasih SAHABAT.
Maklumat selebihnya rakan-rakan boleh rujuk dipautan sesawang ini,

http://en.wikipedia.org/wiki/Antitranspirant

No comments: