FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Tuesday, December 11, 2012

Sedih....

Ini cerita yang paling tak gemar nak didengari. Festival Anggerik Shah Alam telah diadakan sebanyak 19 kali dan kali ini amat mengecewakan kerana terdapat 3 kes kecurian pokok (2 curi keseluruhan pokok dan 1 curi dengan memotong pokok). Tergamak mereka membuat onar dalam Majlis ini. Sekali lagi Orkidla nyatakan disini Amat Mengecewakan dan Orkidla persimpati kepada Sahabat Orkidla ini.

Kes Pertama, Pemilik Mr. Lim (Gambar dibawah) dari Kelang kehilangan pokok Phalaenopsis bellina yang ditepek pada drift wood dan pokok ini telah memenangi tempat ke-3 dalam Ketagori Phalaenopsis Species.

Kes Kedua, Pemilik Cikgu Ramlah (Gambar dibawah) dari Shah Alam kehilangan pokok Phalaenopsis cornu-cervi 'Red'. Yang amat menyedihkan beliau adalah pokok tersebut baru sahaja dimiliki. Jadi tidak keruan Orkidla lihat beliau mencari dan bertanya kepada semua orang sama ada melihat pokok tersebut.
Manakala Kes Ketiga pula, Pemilik Siti Normaya mendapati pokok beliau Chysis limminghei dipotong tanpa izin. Menurut beliau, beliau ada memotong 2 bahagian untuk Mr. K. K. Wan dan En. Kadir. Ada 2 orang lagi yang belum dapat bahagian masing-masing.
 Siti Normaya bersama pokoknya (2 dari kanan)

No comments: