Cuti CNY baru-baru ni balik Kampung di Selatan Tanah Air. Ada juga jalan-jalan ke beberapa Nurseri, malangnya tutup. Balik rumah ambil gambar pokok orkid jiran.

Dendrobium ni tangkai kedua, yang pertama sudah kering

Dendrobium mini ni masih lagi mengekalkan keanggunannya walaupun terdapat beberapa kuntum sudah menampakkan tanda-tanda untuk layu.

Pagi-pagi hari Khamis 18hb Feb. 2010, cuba teknik AV (aperture priority) yang ada dalam Kamera Baru. Dengan Lens asal EF-S 18-55mm, setting aperture dengan merendahkannya kepada F5.6, orkidla dapat hasil seperti dibawah.