FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Monday, February 8, 2010

Halaman Orkidla

Petikan dari posting yang lalu, http://alamorkidla.blogspot.com/2010/01/beberapa-detik.html
Sabtu 24hb Jan. 2010, Tengahari ke rumah Moderator HG Cari dot com. Dapat 2 pokok Cattleya & Cymbidium. Terima Kasih Daun Keladi.
kini...., Dalam diam-diam Cattleya pemberian Sahabat ni dah berbunga. Terima kasih.

Dendrobium Hirota compactum ini masih mekar dihalaman balkony Orkidla.

Cattleya ni beli sepuloh sen pun tak kurang, diletak harga tu harga tu lah dibayar. Tahu kenapa? Fikirlah sendiri..... hehehe. Dah kata jangan beli waktu ni, degil nak beli juga. Pada muka Orkidla. Tak tahan keharuman baunya. Ditagkan atas nama Cattleya violacea x Pottinara Thiti. Tetapi Orkidla rasa ini Cattleya lueddimanniana x Cattleya walkeriana Alba. Entahlah, kalau ada sesiapa yang boleh pastikan nama sebenarnya. Dipersilakan.

Spike kedua, Dendrobium Pompadour "Mutation"

Antara yang hidup subur dibalkony Orkidla, Bulbophyllum phalaenopsis.

Brassavola cucullata, masa beli kecil lagi. Sekarang diasing-asingkan menjadi 4 bahagian.

Bab anak-anak pokok pula, seperti yang sebelom-sebelom ini Orkidla ada memberitahu bagaimana nak semai orkid dari jenis Catasetum. Gambar dibawah semaian Catasetum.

Antara Catasetum yang telah mengeluarkan anak tunas

Gambar dibawah antara anak-anak Catasetum yang Orkidla telah masukkan dalam individu pot.

Orkid dibawah Lycaste aromatica, telah berbunga beberapa bulan yang lalu, awal bulan November 2009. (http://alamorkidla.blogspot.com/2009/11/macam-macam-ada.html) Selepas selesai berbunga daun Lycaste ini akan gugur dan pokok akan mendiamkan diri dalam beberapa bulan. Kini Lycaste ini mula mengeluarkan anak baru bagi meneruskan generasinya dan terus berbunga.

Anak baru, sebelum itu Orkidla bahagikan kepada 2 keratan.IMG_7706.jpg picture by shaifuls


Hoya ini dari Kak Aishah (Kuantan), untuk kali kedua berbunga. Sudah membesar kudup bunganya.

Hoya seperti kulit kura-kura ini masih tidak menampakkan tanda-tanda untuk berbunga. Penantian suatu penyeksaan.

No comments: