FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Wednesday, April 28, 2010

Kiriman Dari Utara


Hari ini dalam jam 9.30am dapat kiriman dari Utara. Kiriman berbayar ni menelan belanja RM80 bungkusan + RM10 Perkhidmatan courier. Setelah dibuka, pokok-pokok yang dipesan

1. Bulbphyllum puguahaanense X 2pcs
2. Arachnis sp. X 1pcs
3. Hoya sp. 2 jenis yang berbeza.

Contoh bunga bagi Hoya tersebut ada dibawah. Ada yang tahu nama Hoya ni? Terima kasih didahulukan. Gambar rujukkan dari FB En. Zulkifli, Terima kasih.

Hoya sp. 01


Hoya sp. 02

Memborong di Bkt. Changgang

Sudah menjadi adat, jika jalan-jalan diNurseri Orkid mesti nak memborong. kalau tak banyak, sikitpun jadilah. Dibawah ini orkidla ada memborong 2 jenis Bulbophyllum dan 1 jenis pokok Hoya. Bulbophyllum grandiflorum dijual RM25 per Ubi dan Bulbophyllum echinolabium RM15 per ubi. Hoya finlaysonii ni RM10 per daun.



Coelogyne ni bila ditanya nama apa, nyonya ni angkat kedua-dua belah bahu "saya tak tahu (dalam bahasa Kantonise)" diambilnya sepokok lalu dikasi free kat saya. Jadilah, janji ada yang nak kasi ku bedal jer.

Balik rumah sediakan beberapa bakul plastik yang dibeli di kedai RM1.99, lembapkan Sphagnum Moss lalu ditaburkan kedalam bakul plastik. Selepas itu disusun pokok orkid didalam bakul tersebut.




Hoya pun sama, guna 100% Sphagnum Moss.

Sayang, Bulbophyllum echinolabium ni semasa beli tak patah. Balik rumah dah terkulai.

Dari KL ke Bkt. Changgang.

Semalam Cuti, Balik dari Pusat Rawatan terus ke Bukit Changgang dari KL. Perjalanan mengambil masa 50 minit ke 1 jam, melalui Lebuhraya KL-Putrajaya Tol RM1.50 + RM2.50 = RM4.00. Jarak perjalanan dalam 47.8KM dan semua kos merupakan perjalanan sehala.

Setibanya di lokasi, Jam ditangan menunjukkan tepat jam 2.00pm, nampak 2 orang Sifu sedang shopping orkid. Harap enjoy,





Monday, April 26, 2010

Agro Bazaar

Selepas pulang dari rumah Cikna, Orkidla singgah sebentar Gerai B'Green Tropical Exotic Plante di Agro Bazaar, Taman Warisan Pertanian Percint 16 Putrajaya.. Antara yang dijual









Hawkinsara Sogo Doll 'Little Angel' (Lctna Peggy San x Slc Katsy Noda)




Sepetang di Rumah Cikna

Ahad 25hb April 2010, Jam 2.00pm konvoi ramai-ramai dari Bazaar Rakyat Seri Kembangan menuju ke Sg. Merab. Setiba di sana, Orkidla dan 3 orang lagi rakan-rakan dijamu selera oleh tuan rumah iaitu Cikna. Sedap-sedap belaka, terutama sekali Soto Muar. Terima Kasih Daun keladi, kalau berkesempatan nak bedal lagi. Berbalik pula tujuan asal, Menjamu mata melihat koleksi Tuan Rumah. Antara yang terdapat di rak bertingkat, Cattleya, Epidendrum, Dendrobium serta Phalaenopsis.

Thecostele alata

Oncidium Golden Shower

Dendrobium Hybrid


Epidendrum

Spathoglottis Bukit Changgang

Dendrobium sp.

Arundina

Cattleya Hybrid

Phalaenopsis bellina

Paphiopedilum

Suka tengok bunga raya ni, biasa Orkidla tengok warna merah. Ni lain sikit.

Lily FireBall ni banyak kat sini.

Emm... Grape, sukanya.

Hoya, Minta secutting. Hehehehe.... (Malunyer...)

Hoya divesifolia,Terima Kasih Shida atas nama Hoya ini. Tak lupa Terima Kasih Cikna atas Cutting Hoya ini.

Friday, April 23, 2010

Borong Sakan

Selepas puas menjamu mata dekat nurseri ni, kini tiba masa untuk memborong pula. Hahaha.. padan muka Orkidla Hampir RM400 dalam diam tak diam. Huhuhu....
Orkid Ular, Paraphalaenopsis labukensis.

Dendrobium anosmum 'Pink' dikatakan dari PNG

Yang dibooking minggu lalu Paphiopedilum rothschildianum. Tingal sekuntum sahaja bunganya serta 'seedpot'


Blc. Hawaiian Passion 'Carmela', Beli yang tak berbunga.

Seidenfadenia mitrata Susah nak berbunga tetapi ambil cabaran untuk bungakannya di sini. Jika berjaya sangat menarik.

Dendrobium stratiotes Alba. Antara yang termahal.


Ascocentrum ampullaceum

Pokok yang dalam kotak ni adalah gula-gula yang bakal diagih-agihkan pada hari Ahad nanti. Dendrobium mirbelianum masa beli dikatakan curly tetapi bila di Google tidak berapa curly tetapi spesis hutan yang berasal dari Queensland Australia , Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea. Pat patnya, siapa cepat dia punya. 10 orang pertama yang akan dapat pokok ni.

Akhir sekali, sebelum balik sempat la member ni kasi Orkidla Phalaenopsis amabilis "Pink" nak tergelak Orkidla bila melihat bunga ni. Mana yang dikatakan Pink tu? Tidak mengapalah, Rezeki jagn ditolak. Orang nak kasi bedal ajer lah.