FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Friday, April 23, 2010

Borong Sakan

Selepas puas menjamu mata dekat nurseri ni, kini tiba masa untuk memborong pula. Hahaha.. padan muka Orkidla Hampir RM400 dalam diam tak diam. Huhuhu....
Orkid Ular, Paraphalaenopsis labukensis.

Dendrobium anosmum 'Pink' dikatakan dari PNG

Yang dibooking minggu lalu Paphiopedilum rothschildianum. Tingal sekuntum sahaja bunganya serta 'seedpot'


Blc. Hawaiian Passion 'Carmela', Beli yang tak berbunga.

Seidenfadenia mitrata Susah nak berbunga tetapi ambil cabaran untuk bungakannya di sini. Jika berjaya sangat menarik.

Dendrobium stratiotes Alba. Antara yang termahal.


Ascocentrum ampullaceum

Pokok yang dalam kotak ni adalah gula-gula yang bakal diagih-agihkan pada hari Ahad nanti. Dendrobium mirbelianum masa beli dikatakan curly tetapi bila di Google tidak berapa curly tetapi spesis hutan yang berasal dari Queensland Australia , Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea. Pat patnya, siapa cepat dia punya. 10 orang pertama yang akan dapat pokok ni.

Akhir sekali, sebelum balik sempat la member ni kasi Orkidla Phalaenopsis amabilis "Pink" nak tergelak Orkidla bila melihat bunga ni. Mana yang dikatakan Pink tu? Tidak mengapalah, Rezeki jagn ditolak. Orang nak kasi bedal ajer lah.

No comments: