Selepas selesai berjumpa Dr. Pakar, jalan-jalan sambil mencuci mata dengan kamera baru. Terjumpa pokok orkid sesat dari jenis Plocoglottis sp. ditepi Tasek Pusat Bandar.
Apa lagi mata mula memerhati sekeliling, ada serumpun pokok lipstick jatuh. Bila Orkidla ambil, ehh ada pokok Dendrobium attach sekali. Rezeki, dah bertahun lamanya tak hunting. Macam terasa pergi hunting semula, cuma bezanya di lokasi tengah bandar.
Bawa balik tanam semula, rasanya ini Den. crocatum. Bagi Plocoglottis sp. tidak boleh dikenalpasti.
No comments:
Post a Comment