FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Tuesday, May 11, 2010

Halaman Orkidla

Tidak banyak yang berbunga kali ini, selebihnya lebih selesa untuk menggemukkan diri masing-masing almaklumlah sekarang ini musim hujan. Diantara yang berbunga dan akan berbunga adalah seperti berikut;
Dendrobium Hirota compactum.

Dendrobium stratiotes var alba Rchb. f. 1886. Dendrobium yang berasal Papua New Guinea serta Sulawesi ini mempunyai ukuran bunga yang besar boleh mencecah 10 cm dan anggaran lebih dari 5 kumtum bunga. Dendrobium dari Section Spatulata, kebiasaannya mempunyai labellum (Lips) yang berbatik berwarna ungu, namun terdapat juga labellum yang berwarna putih. Menggemari kitaran udara yang panas dan tergolong dalam golongan orkid tanah rendah serta cahaya matahari yang cukup tinggi. Bunga boleh bertahan sekitar 1-2 bulan lamanya.


Antara yang akan kembang dalam masa yang terdekat ini,
Oncidium dari Hawaii

Dendrobium anosmum semi Alba

Dibawah ini terkeluar dari tajuk orkid, setelah sekian lama rose orkidla mendiamkan diri. kini berbunga kembali.

Anthurium (sireh) yang mula berbunga dan berbuah.


Anthurium 2,

2 comments:

~~@lyci@~~ said...

salam.

bro, Dendrobium Hirota compactum ada stok ke?? kalo ada order 1..

Orkid La said...

Ada, Wokeh.