Subuh-subuh kena mengambil air kerana dikatakan pemaju membantah kerja-kerja migrasi dari meter pukal ke meter persendirian lalu disekat air dari memasuki tangki utama. Tengahari lari sekejap ke Wetland ambil pokok hoya yang dipesan. Sebelum itu singgah dulu kat nurseri dalam perjalanan nak ke Wetland. Beli Hoya Lacunosa (kalau tak silaplah) berdaun panjang. Pakcik tu naik pelik lalu bertanya pada Orkidla "Pasal apa engkau pilih pokok ini" Orkidla "Alamak nak kena jawap ke Pakcik?" Yerlah kenapa engkau pilih pokok ni?" "Saya tak ada lagi yang daun jenis ni, tu pasal beli pokok ni" Setelah RM12 bertukar tangan cabut ke Wetland. Selesai mengambil pokok di rumah Alifinara, balik semula ke rumah untuk kerja-kerja repotting menggunakan 100% Moss.
Hoya lacunosa
Hoya imperialis
Hoya archboldiana
Hoya cv. Ruthie
No comments:
Post a Comment