Schombockia NoID.


Nak lepak hotel lambat lagi, jam baru menunjukkan pukul 10 pagi. Lepak kejap kat air terjun kejap sambil cuci-cuci mata.....

Jalan punya jalan jumpa pokok tanduk rusa yang jatuh ke tanah. Intai kot-kot jumpa sesuatu yang istimewa, hampa. Ambil gambar sahaja.

Tinjau-tinjau sekeliling ada terdapat beberapa pokok orkid seperti Dendrobium dan Bulbophyllum. Ambil gambar sahaja.


Lepak dikaki bukit sambil mandi-manda. terperasan pokok seperti pokok duit-duit. bila dipatahkan daunnya keluar cecair putih seperti susu. Emmm... spesis Hoya ke? Cari bunganya tak jumpa spikenya.


Lumut

Selepas check-in, jalan-jalan ke lokasi kedua. Tujuan untuk melihat pokok-pokok Hoya serta orkid yang ditinggalkan 2 tahun lepas. Hoya masih menggila tumbuh melata.


Sayangnya orkid kini hanya terdapat dalam 2 atau 3 tompokkan kecil sahaja. Mungkinkah disapu orang atau mungkinkah terhapus dek kesibukkan pembanggunan? Hanya Tuhan yang Maha mengetahui.


No comments:
Post a Comment