Isnin 14hb. Jun 2010, Dalam hati masih tak puas dengan hasil memborong di Johor. Ingat nak jalan-jalan cari orkid lagi sebaik sahaja tiba di area rumah nanti. Kali ini lokasi sasaran ke Bukit Changgang. Setibanya di lokasi, lambakkan orkid dendrobium serta Renanthera menanti untuk dimasukkan ke dalam van sebelum ke Shah Alam Convention Centre.
Hoya ni pula ditunjuk oleh salah seorang pekerja Indonesia. Nak RACUN lah tuu..... hahaha dah ada. Sabar jer lah.
Tidak banyak yang boleh dijadikan bahan, Cattleya, Dendrobium & Vanda? kebanyakkan yang ada telah dinoda oleh sang kumbang serta slug. Jalan punya jalan nun jauh kebelakang nurseri jumpa beberapa pokok yang boleh dijadikan bahan. Tanpa banyak soal (Lupa tanya harga) terus sambar. Bila nak bayar nasib baik bawa cukup duit. Cantek tak? Pokok apa yang diborong, biarlah rahsia. Hahaha.....
No comments:
Post a Comment