Semasa jalan-jalan lawatan cuci-cuci mata beberapa hari yang lalu, Orkidla berkenalan dengan seseorang, Matt dari England. Bersembang-sembanglah Orkidla pasal orkid sambil ambil gambar. Tergerak rasa hati bertanya kalau kalau dia ada pokok orkid
Redriguezia venusta dan beliau menyatakan yang beliau ada beberapa pokok yang ditanam disini tetapi agak susah nak hidup disebabkan orkid ini memerlukan suhu yang sejuk untuk hidup.
Matt dengan senang hati menunjukkan Orkidla pokok orkid
Redriguezia venusta tersebut serta menerangkan serba sedikit perbezaan
Redriguezia venusta dengan
Redriguezia lanceolata atau dahulunya dikenali sebagai
Rodriguezia secunda. Menurut beliau orkid ini dijual dengan harga hampir RM100 suatu masa dahulu. Wahh.. mahalnya.
Akhirnya dapat Orkidla membelinya dengan harga RM15 sahaja.

Gambar dibawah ini diambil dari FB: Salim Albino de Oliveira