Berikut cerita pasal serangga yang terdapat di sekitar orkid di Kampong. Sedang sibuk mengambil gambar bunga orkid, Orkidla terpandang 1 pasu orkid Acriopsis liliifolia juga kenali sebagai Acriopsis Javanica yang hampir-hampir botak digondul daunnya (Gambar dibawah). Pada mulanya Orkidla ingat ni mesti angkara Lintah bulan, tetapi bila difikirkan tentang cuaca panas yang melampau tak mungkin pula angkara Lintah bulan.
Orkidla pun membongkar pasu tersebut tidak ada pula Lintah bulan tu. Apabila dibelek-belek pada akar pokok tersebut ada Belalang Kayu ni. Orkidla ambil belalang ini dan letakkan pada daun jambu batu. Belalang ini sangat aktif diwaktu malam.
Apa skodeng-skodeng ni......
Sedang mempertahankan kawasan jajahan
Ini bukan anak Kala Jengking, ini spesis mini. Dikampong Orkidla lebih dikenali sebagai Kala Lepet, saiznya tidak lebih dari 2cm panjang.
Ulat beluncas ini orkidla jumpa berada pada pokok Hoya Orkidla. Patutlah pucuk Hoya ni tak menjadi, rupa-rupanya ada peminatnya.
Bonda Orkidla juga gemar mengumpul pokok bunga ini, minta tolong pada yang tahu apa nama pokok ini, Terima kasih.
Terlanjur balik kampong, apalagi melilau mata mencari kalau-kalau ada buah-buah kayu yang boleh dibuat makan. Hehehe... tak banyak yang ada.
Buah Nona
Buah Salak - Seludang bunga yang baru keluar.
Bunga
Buah Salak
Warna biru pada nasi ulam dihasilkan dari warna biru bunga ini. Bagaimana caranya, ambil beberapa kuntum bunga ini dibasuh dan dikisar halus dengan menggunakan mesin pengisar lalu dimasukkan ke dalam beras yang ditanak. Itu sahaja, mudahnya.
Haa... yang ini kalau tak silap Orkidla pokok herba Tunjuk Langit. Menurut kata rakan Orkidla, bunga pokok ini digunakan bagi tujuan menambah kekuatan tenaga dalaman Kaum adam. Pokok ini banyak tumbuh meliar dalam dusun durian depan rumah.
Akhir sekali inilah aktiviti sampingan yang dibuat oleh Ayah & Bonda Orkidla. Asam keping...
No comments:
Post a Comment