Bila melihat gambar diatas ini, sedih rasa dihati bila mengenangkan perangai segelintir peminat orkid. Ketika gambar ini diambil iaitu pada 12hb Januari 2011 orkid ini mengeluarkan 3 tangkai bunga 2 sedang mekar dan 1 akan datang. Orkidla dihubungi melalui panggilan telefon menyatakan Dendrobium mini telah diragut kehormatannya. Sekarang lihatlah hasil kerja insan yang kreatif ini (Bawah).
Hampir 2/3 dari rimbunan orkid Dendrobium mini ini diselingkuh olehnya dan yang tinggal hanyalah tunggul tua. Orkidla redha dan berharap agar anak-anak (Keiki) baru akan keluar bagi memulihkan semangat Orkidla ini. Mohon didoakan juga dari rakan-rakan blog.
5 comments:
amin, mcm2 nak soal. kena ragut mcm mana tuh? letak kat mana? tiba2 rasa saspen, ada jugak ye peragut orkid
Mcm ner nak kata ekkk....
letak kat nurseri orkid sy la
isshh.. kalau dah jadi mcm ni ada la tu.
aminnnnnnnnn......
?????? samada individu tu gerammmmm sangat kat orkid yang cantik ni atau memang nakall tangan. Saboo je la tuan
mudah-mudahan ia akan cepat pulih...
Post a Comment