FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Tuesday, February 7, 2012

Al-kisah (The Story)

Ada cerita disebalik gambar-gambar dibawah ini. Beberapa minggu yang lalu Orkidla dihubungi oleh seorang sahabat F yang menyatakan hasratnya untuk memiliki Dendrobium tobaense yang bersaiz GERGASI (seperti gambar dibawah) Kerana terlalu terdesak beliau telah membelinya dari kenalan beliau dengan harga ratusan ringgit sepokok.

Nak jadi rezeki Orkidla agaknya, Orkidla telah dihubungi oleh seorang kenalan FB dari Sumatera menyatakan yang beliau boleh dapatkan pokok tersebut untuk Orkidla. Ibarat pepatah orang tua, Pucuk Dicita Ulam Mendatang. Orkidla terus menghubungi sahabat F dan menyatakan apa yang dinyatakan oleh kenalan FB itu. Terus beliau menghubungi kenalan FB tersebut dan mengaturkan perjumpaan.

Minggu lepas, sahabat F telah menghubungi Orkidla dan bertanyakan samada Orkidla punya masa untuk berjumpa dengannya. Setelah berjumpa Orkidla telah diberi beberapa pokok orkid diantaranya Dendrobium tobaense GERGASI itu. Ada juga beberapa pokok orkid yang menarik perhatian Orkidla tetapi terpaksa diabaikan kerana hampir 80% pokok yang dibawa pulang oleh sahabat F merupakan pokok tanah tinggi. Itulah al-kisahnya...
Dendrobium tobaense lebih dari 4.5 inci
Bulbo. sp. (Mini, Highland)
Looks like Bulbophyllum macrochilum but totaly red...
Dendrobium sp.
Dendrobium sp.
Dendrobium sp.
Dendrobium tetragonum
Paphio Hybrid

No comments: