Jalan-jalan kali ini kurang menarik kerana Orkidla sakid kaki. Tidak banyak aktiviti yang boleh dibuat kerana pergerakan yang terbatas, seksa dibuatnya. Hoya ini tumbuh meliar diatas bumbung kedai, dihadapanya kedai terdapat pokok ketapang yang besar yang dihuni orkid merpati (Dendrobium crumenatum) dan juga Cymbidium finlaysonianum.
Bersebelahan pula terdapat sebuah Hotel yang terkemuka. Kawasan Hotel dikelilingi oleh hutan berbukit, Orkidla hanya berlegar dibahagian hadapan pintu masuk sahaja. Jika tidak fikirkan pasal kaki yang sakit, mahu sahaja buat tinjauan sekeliling hotel.
Hoya ini diperolehi dihadapan Resort, amat nenarik mata Orkidla kerana ianya berjuntai hingga ke lantai jalan utama Resort.
Sebelom pulang sempat berjumpa dengan Sifu kawasan Kak Aishah dan bawa pulang 3 jenis orkid untuk koleksi tambahan.
Bulbophyllum sp. mungkin Bulbophyllum lepidum.
Setelah dilekapkan pada keratan kayu lempoyan.
Dendrobium secundum
Dendrobium farmeri
Hoya.
No comments:
Post a Comment