FASA 20

FASA 20

Mutiara Kata

Dua Perkara Perlu Kita Lupakan, Lupakan Keburukkan Orang dan Lupakan Kebaikkan Kita. Dua Perkara Perlu Kita Ingat, Ingat Kebaikkan Orang dan Ingat Keburukkan Kita.

Aktiviti Luar & Dalam Negeri.


-------------------- Salam Sejahtera --------------------




-------------------- Salam Sejahtera --------------------

Sunday, May 10, 2009

Phalaenopsis speciosa


Phalaenopsis ni dibeli dengan harga RM50, Tanpa fikir panjang panjat para orkid untuk ambil pokok ni yang digantung agak tinggi. Lepas bayar terus balik rumah untuk ditukarkan dari keratan fern ke pasu.

Phalaenopsis speciosa (Bunga jarak dekat)

Bunga sejambak

Pokok dan sejambak bunga (Selepas dipasukan)

Phaius tankervilleae

Ni gambar sebelom kembang, Masa beli tempohari dikatakan Alba. Hampa....
Phaius tankervilleae var. Alba
(Nipun warga baru)

Bila dah kembang jadi macam ini, entahlah. bunga yang sulong ni 'DEFORM' punyai 4 kelopak dan tiada lidah.

Bunga no. 2 juga
'DEFORM' tetapi mempunyai lidah yang cacat.

Bunga no 3, merupakan bunga normal.


Salah ID lagi sekali.

Ni gambar pokok mula-mula dulu, sengaja tak nak paparkan, Phalaenopsis Taida Snow (Phalaenopsis amabilis X Phalaenopsis tetrapis).

Balik rumah, dipasukan dan digantung. Daun sebelah kanan terpaksa dipotong, bagi mengurangkan stress pada pokok.

Phalaenopsis Taida Snow (Phalaenopsis amabilis X Phalaenopsis tetrapis) - Update 4hb May '09

Hari ini 9hb May '09, bunganya kembang tapi tak berapa buka dengan penuh agak pemalu sedikit. Rasa agak pelik, pokok yang dibeli Phalaenopsis Taida Snow (Phalaenopsis amabilis X Phalaenopsis tetrapis) tetapi bila diteliti acap kali macam lain pula jadinya. Agak-agak saya pokok ini hybrid diantara Phalaenopsis floresensis X Phalaenopsis javanica. Macamana nak buat ni, nak terima atau nak pulangkan semula?
IMG_4731.jpg picture by shaifuls

Saturday, May 9, 2009

DIY : Batang Kayu

Bila lihat dalam Forum HG, Cari Dot Com hasil kreatif kerja tangan salah seorang Moderator di sana. Teringat saya masa mula-mula minat orkid, bila ada masa lapang sibuk la buat raga seperti dibawah ni. Foto Ehsan dari Puan Shida dengan Blod beliau You're My Destiny


Disini saya nak mengajak peminat-peminat orkid untuk mencuba 1 lagi daya kreatif tanpa memerlukan modal yang banyak. Dengan menggunakan keratan kayu yang boleh didapati dikedai ikan (Aquarium) dari RM5 hingga RM20 atau ditepi sungai ataupun tepian pantai, anda boleh menanam orkid anda diatasnya.

Kayu dibawah ni sapa perolehi ketika saya mengemas stor di Laman Anggerik Selangor. Apa lagi, macam-macam akal bermain dikepala. Sepanjang perjalanan balik ke rumah, akal berputar memikirkan pokok apa yang hendak diletakkan diatas kayu ini.

Ni bunga sasaran, Dendrobium purpureum. Sudah seminggu ditangan saya. Masih kembang lagi.

Atas permintaan sahabat-sahabat minta saya pertontonkan gambar keseluruhan pokok dendrobium ni.

Atas batang kayu ini saya letak pokok dendrobium purpureum tanpa apa-apa media tanaman. Untuk rekod, dendrobium tidak memerlukan media tanaman seperti Spagnum Moss untuk memerangkap air. Jika akar dendrobium terlalu lembab, dikuatiri akan merosakkan serta membantutkan pertumbuhan orkid ini.

Berikut adalah hasilnya. Bukankah ianya begitu kacak diatas kayu?

Friday, May 8, 2009

Sendiri dah kena RACUN

Sebelom pi LC, hati dah cekal tak nak beli orkid dah. Sebab poket dah tahap buasir dah. Pi semata-mata nak ambil pokok sahabat jer. Sampai jer LC, nyonya ni dah jerit.
N: Haiya lama tak mali..
S: Sibuk la (Dlm hati, poket kering la)
N: Oooh...

Tengah dok buat kira-kira, terpandang la pula pokok dalam raga plastik. Dengan tak ada media apa-apa pun. Tangan gatal angkat dan cium, emmm wangi. alamak tergoda terus, tanya berapa. RM20, tak leh kurang ker? RM15, campak terus dalam kotak. Ok, kira semua.
Hehehehe, membeli juga akhirnya walaupun sedikit.:loveliness::loveliness:

Ni lah dia pokok yang berjaya menggoda saya semasa di nurseri. Mana hati tak tertawan, wangi, warna yg menarik. Sendiri dah kena RACUN.


Selepas ditanam begini hasilnya. (Update 9hb May '09)

Bertemu Sahabat Home Gardening Cari.com.my

Semalam dalam jam 1 lebih berjumpa dengan Member HG Cari.com.my iaitu Puan _mangifera_ , jauh datangnya dari Telok Intan. Kesian tengoknya, ke hulu hilir ngejor masa. Sebelom jumpa beliau pi la ambik pokok-pokoknya kat beberapa tempat termasuk LC, sempat ler snap 2,3 kepin gambor. Tengoh-tengoh snap gambor, datang ler 1 Myvi cerah warnanya. Oohhh... SIFU Bukit Jelutong rhopernya. Sembang serba sedikit, awakpun beransor ler.

Seperti yang dijanjikan jumpa ler kita dengan _mangifera_ ni dengan beberapa orang lagi staffnya, sembang-sembang, soreh-soreh udoh kenai la pulok dengan sepupu teman. Eeeemok, tu yang maleh nak bukak mulut. Udoh ler yek.. nak tepek gambor ler pulok.

Ni tak jual la pulak

Hybrid bunga atas dgn C. Orange Nugget.

C. Hatdyai Delight X C. Orange Nugget. (_mangifera_ punya ni)

ni C. Hawaiian Wedding Song


Phal Hybrid



Ni entah ler

Ni entah ler


Spatho. lowii

Spatho. purple (tengah banyak)

Sepasu jer

Sepasu jer


Den Curly

Pemberian Sahabat

Pokok orkid ni dapat dari Sahabat kat Utara Tanah Air, Katanya Coelogyne Grik. Dapat jer dah tau pokok ni Coel. asperata. Syukur padanya, dapat juga pokok dari Kgku. Sebut jer pasal pemberian dari sahabat ni lupa pula nak balas pokok kat sahabat ni.

Keadaan pokok ni pada mulanya sangat daif, kurus kering serta penuh dengan scale. Takpe, balik rumah buang semua daun. rendam sekejap dengan air yang dicampur Baja cap XYZ, ambil berus gigi yang tak digunakan tonyoh scale tu. ambik nko, suka sangat ngisap air pokok ni yer. sambil mulut sengit-sengit.... geram.

Ditoskan sekejap dlm 10-15 minit, ambil pasu besar. Masukkan perlite yang direndam dengan air campuran Baja Cap XYZ ke dalam pasu. Siram air seperti biasa setiap hari. Nahh... ni dia hasilnya, gemok pulak dia. Gumbira rasa dihati bila dah jadi gini. Keiki baru pun dah keluar dengan sihatnya.

Thursday, May 7, 2009

Baja Cap X versi 2

Pada 20hb April yg lalu saya ada memaparkan dilaman blog saya tentang pokok-pokok yang saya terima dari rakan saya di seberang laut. ( Artikel lalu :- http://alamorkidla.blogspot.com/2009/04/baja-cap-x.html).

Kurang dari sebulan saya sekali lagi ingin memaparkan status perkembangan pokok-pokok tersebut untuk dikongsikan bersama. [Saya membuat ujian menggunakan baja Cap X]

Lihat akar Phal amabilis ini, seolah-olah menindih sesama sendiri.

Bagi akar dari pasu lain pokok jenis yang sama, berlumba-lumba keluar dari pasu.

Dan yang ini pula ada 1 akar menikam Floraform bagi mendapatkan makanan.

Monday, May 4, 2009

Cuti Hari Buroh 2009 - Sambungan

Setibanya dirumah, buat apa patut. Kemas bag, kain baju dll. Baru tengok pokok-pokok yang ditinggalkan selama 3 hari. Ambil gambar yang berbunga, siram dengan campuran baja cap XYZ dan kasi ikan makan. Antara yang masih berbunga dan yang akan kembang.

Vanda Mimi Palmer

Phalaenopsis violacea "Sumatra"

Phalaenopsis cornuestris

Psychopsis Mariposa Alba

Dendrobium purpureum (Baru jadi warganegara)

Phalaenopsis violacea f. coerulea (Ni sahabat kita punya, emm.. mcm dah nak minta jadi penduduk tetap jer kat sini)


Phalaenopsis Taida Snow (Phalaenopsis amabilis X Phalaenopsis tetrapis)

Bulbophyllum mastersianum (Berbunga lagi untuk buat kesekian kalinya, selang 2 minggu jer)

Phaius tankervilleae var. Alba (Nipun warga baru)